Anda belum pernah dengar pasal CPA ? Mm, CPA ialah ringkasan kepada Cost Per Action, iaitu anda sebagai publisher ( atau CPA affiliate ) akan di bayar sekiranya mampu membuatkan pengunjung website mengisi hingga lengkap maklumat yang di sediakan dalam bentuk form. Biasanya maklumat tersebut hanyalah maklumat peribadi yang biasa sahaja seperti nama, email dan alamat rumah. Dan komisyen yang anda terima pula agak lumayan. Jangan tak percaya jika anda mampu terima USD20 hanya dengan satu maklumat pengunjung sahaja!
Tapi ada satu masalah yang sering menghantui mereka yang ingin mempelajari CPA. Anda perlu membuka akaun dengan CPA network terlebih dahulu. CPA network ialah syarikat yang menjadi orang tengah antara anda seorang Affliate dan juga pihak Pengiklan. Mereka ni bertapak di luar negara dan sudah tentu bahasa Inggeris akan menjadi sangat penting supaya anda boleh berinteraksi dengan mereka. Mereka hanya akan menerima permohonan anda sekira mereka yakin dengan kebolehan anda memasarkan CPA offer yang dikendalikan. Oh ye, jika anda berjaya mendaftar, anda biasanya diletakkan di bawah penjagaan seorang affiliate Manager yang bertindak memantau prestasi anda.
Berita baiknya disini, saudara Uzair bersedia membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau selama bertahun-tahun, saya yakin Uzair tidak akan kecewakan anda. Tapi anda perlu janji satu perkara, patuhi segala arahan yang diberikan dan tidak cepat berputus asa. Menurut Uzair, untuk berjaya dalam permohonan pendaftaran, kita mesti tahu bagaimana untuk ‘menjual’ diri anda. Bagaimana tu, elokla tanya saudara Uzair sendiri, hehe..Apa yang penting, anda mesti buat persediaan tertentu yang akan di ajar oleh Uzair sebelum dapat diterima ke dalam CPA network.
Menurut Uzair, setiap pembeli ebook ini akan diberi akses percuma ke satu ruangan forum ekslusif. Di situ, Uzair akan memantau dan membantu menyelesaikan setiap masalah yang mungkin di hadapi oleh pembeli ebook ni. Saya rasa ini langkah yang sangat bijak memandangkan di Malaysia ni kurang informasi berkaitan dengan CPA. Dengan adanya forum khas ni, setiap pembeli boleh mengajukan sebarang persoalan, cadangan dan juga komen terhadap permasalahan orang lain. Saya juga yakin Uzair akan bekerja keras memastikan setiap masalah diajukan akan diberi perhatian sepenuhnya.
Untuk pengetahuan, saya juga kini sedang mempelajari asas CPA memandangkan ianya satu cabang kepada pemasaran affiliate. Saya mensasarkan untuk memperolehi pendapatan pertama sebelum bulan March tahun depan. Setakat ni dah lepas cabaran pertama iaitu untuk membuka akaun CPA network. Itu pun dengan bantuan oleh saudara Uzair..
Dalam keghairahan kita mempromosi offer2 CPA ni, etika pemasaran WAJIB kita jaga. Saya ada terbaca kisah dimana sebuah CPA network yang terkenal telah mengetatkan pendaftaran utk warga negara Malaysia kerana aktiviti BLACKHAT yang melampau. Saya tak ingat apa nama CPA network tu, tapi jika aktiviti blackhat ini dibiarkan terus berlaku, maka makin sempitla ‘pintu rezeki’ untuk buat duit dengan CPA. Nasihat saya, ikut aje langkah2 yang telah diterangkan oleh Uzair dalam ebook ni, pasti anda tak rugi kerana teknik tersebut telahpun diuji sepenuhnya oleh Uzair sendiri.
Itu aje perkongsian kali ni, jumpa lagi di duniacpa…
Sekian,
Lanchini







Leave a comment