Salam buat semua,
Selepas seminggu, barulah dapat update blog ni. Dalam tempoh ni, saya cuma spend masa untuk belajar pasal blog wordpress ni lebih mendalam lagi.. Tapi sampai sekarang pun masih banyak yang blur. Inilah susahnya jika jadi orang yang bukan background IT.. Tapi tak mengapa, yang penting tak boleh cepat give up, kena terus belajar…
Harini saya buka Google Reader untuk membaca post-post terbaru blog yang saya ikuti.. Dan salah satu blog tersebut ialah milik saudara Zulfadli, a.k.a SmartZul. Saya kenali blog beliau sebagai blog SmartUsaha. Terdapat post terbaru beliau yang sangat menarik minat saya untuk membacanya berulang-ulang kali. Tajuknya, ‘ Sudah-sudahlah..’ Anda boleh membacanya melalui link di bawah ;
http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/
Dari perspektif seorang newbie, saya rasa artikel ni adalah satu peringatan agar kita tidak mengutamakan keuntungan semata-mata dalam mempromosikan satu2 produk atau servis. Tak kirala ianya produk sendiri maupun dari rancangan affiliate. Kualiti produk tersebut bukan hanya dinilai daripada isi kandungannya, tapi kualiti servis yang diberikan oleh penulis ebook itu terhadap pembeli.
Apa yang diperkatakan oleh en Zul mengenai kegagalan sesetengah IM utk berikan servis selepas jualan tu memang benar. Dan saya sendiri pernah jadi pelanggan yang kecewa selepas gagal dapatkan tunjuk ajar dari penulis ebook tersebut. Ada yang IM yang cuba melepaskan dirinya dengan setup satu forum dan dia sendiri tidak mengunjungi forum tersebut. Kalau ada pun, cuma sekadar membuat thread baru utk promote pula produk terbaru mereka. Pelanggan dibiarkan terkapai-kapai dan mengharapkan bantuan ahli forum lain untuk meringankan beban mereka.
Semoga ramai IM yang ‘tersedar’ selepas membaca artikel ini. Dan yang lebih penting, semoga mereka berubah untuk tidak mengejar keuntungan wang ringgit semata-mata, tetapi turut lebih bertanggungjawab terhadap pelanggan mereka.
Sekian.
p/s : Saudara SmartZul merupakan salah seorang usahawan internet yang menjadi idola saya kerana sering memberi nasihat2 yang berguna ke arah menjadi IM yang berjaya.






melepas kan diri dgn mmbina forum? ade gak cm tu ke bro? hoho.. parah
jgn givup bro.. bljr lagi wordpress.. wordpress lebih user friendly dri blgspot.. good luck..
[Reply]