Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana sudi melawat blog Lanchini Dot Com ini. Ini merupakan blog pertama saya menggunakan platform Wordpress. Selama ni saya pernah juga mempunyai blog untuk projek bisnes cendawan dan juga projek adsense. Kesemuanya menggunakan platform blogspot. Jika berkesempatan, anda boleh melawat blog cendawan saya di http://www.chiniagro.blogspot.com
Sebagai post pertama, elok saya terangkan tajuk yang bakal saya bincangkan melalui blog ni. Seperti yang anda nampak di tagline atas tu, InsyaAllah saya akan cuba memberi informasi berkaitan panduan Internet Marketing khusus untuk newbie yang baru ingin berkenalan dengan bidang ini. Saya rasa tajuk ini lebih sesuai dengan ‘posisi’ saya yang juga seorang newbie. Saya tak pasti definisi untuk newbie sebenarnya. Tapi saya sentiasa menganggap diri ini newbie supaya semangat untuk terus belajar tu tak berkurangan sampai bila-bila..
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh para newbie ialah tidak tahu bagaimana untuk mulakan langkah pertama. Terlalu banyak program menjana duit secara online ni. Akibat kekurangan ilmu, ramai yang terjebak dengan program2 yang tidak sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka tidak mengkaji dengan mendalam sebelum membeli ebook atau mendaftarkan diri dengan program tersebut. Akibatnya, ramai yang kecewa di separuh jalan.
Apa yang saya ingin tekankan disini ialah pentingnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum anda yakin untuk step seterusnya. Jangan bazirkan duit anda dengan sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada anda. Jika anda bermula dengan zero knowledge, tetapi berminat untuk menceburi bidang IM, apa kata anda habiskan masa beberapa minggu untuk mengkaji setiap program ( contohnya adsense, affiliate, ebay, blogging, jual produk, dsb ) ini dengan sedalam mungkin. Kaji minat anda, kemampuan kewangan anda, masa yang boleh diperuntukkan, kesusaian lokasi anda dan macam-macam lagi.
Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan rujukan. Tempat paling mudah, tentunya bertanya kepada Pakcik G ( G : Google ). Anda juga boleh layari blog-blog, forum berkaitan dan juga pelbagai laporan percuma yang banyak disediakan oleh otai-otai IM samada dari Malaysia atau luar negara. Salah satu sumber informasi yang saya rekomen ialah forum WangCyber. Di situ ramai penggiat IM yang berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan dunia IM. Forum WC ini diasaskan oleh saudara Shuhaimi, atau lebih dikenali sebagai Shuth. Tapi AWAS, anda mesti ingat tujuan anda, CARI ILMU SEBANYAK MUNGKIN. Jangan terleka membaca komen sehingga akhirnya anda lupa matlamat asal anda.
Inilah serba sedikit info yang dapat saya kongsi untuk post pertama. InsyaAllah, lebih banyak informasi menyusul nanti. Jadi, jangan lupa untuk bookmark blog ini ye!
Salam
Lanchini.






Wah syabas
Saya nak jadi pengomen pertama.
[Reply]
admin Reply:
November 11th, 2009 at 3:26 pm
Terima kasih luvlee kerana sudi lawat blog tak seberapa ni..
[Reply]
Cantik gak blog…boleh ajar tak cam mana nak buat macam nie. Saya pun masih tgh bljr blog ngan wordpress. Blog saya tgh update masih belum sesuai utk dilancarkan lagi…
[Reply]
Lanchini Reply:
November 20th, 2009 at 9:19 am
Thanks penang,
Saya pun masih merangkak lagi ni, tak layak nak ajar orang lagi hehe.. Ohye, bila dah launch blog tuan tu, war-warkanla kat saya key… Jom kita kongsi info.
[Reply]
wah baguslah cantik jugak ..simple saya pun newbie tp lum jadik lah blog nyer…good luck….
[Reply]
cantik blog good luck
[Reply]
x dapat jd pengomen pertama
[Reply]