

Tanpa reputasi, adakah kita boleh pergi jauh dalam bidang internet marketing? Itulah persoalan yang saya ingin bicarakan dalam post kali ini. Sebelum tu, elok saya perjelaskan maksud reputasi tu mengikut kefahaman saya sendiri. Reputasi disini bermaksud pandangan atau penilaian dari seseorang terhadap individu tertentu. Dalam kata mudahnya, orang yang mempunyai reputasi baik biasanya dihormati komennya, pandangannya atau kritikannya.
Dalam perniagaan internet, reputasi merupakan satu senjata jualan yang paling ampuh. Inilah kata-kata salah seorang mentor saya dalam bidang IM ni. Menurutnya, dengan reputasi sahaja, seseorang mampu menjana 5 angka setiap bulan dengan mudah. Mm, mulanya saya kurang percaya, tapi bila mula membuat sedikit kajian melalui forum2 dan blog2, saya mula mempercayai kata-kata tu. Jika kita melihat forum WangCyber sebagai contoh, thread atau post yang ditulis oleh orang yang bereputasi tinggi biasanya akan mendapat sambutan hangat dari ahli forum yang lain. Walau mereka sekadar memberi ulasan-ulasan yang takla ‘power’ sangat, tapi ianya tetap dapat perhatian ramai. Adala yang akan ulas kembali komen-komen mereka dan pastinya kebanyakan akan menunjukkan sokongan. Begitula hebatnya orang yang berreputasi tinggi. Jadi tidak hairanla, jika mereka melakukan sesuatu promosi, tak kira produk sendiri atau affiliate, berebut-rebut orang mendapatkannya. Jeles betul, hehe.
Persoalan yang sebenar utk seorang yg tak ada reputasi, macam saya ni, ialah bagaimanakah cara untuk membina reputasi tersebut? Seperti yang diterangkan di atas, reputasi ni datangnya dari pandangan atau respek orang lain terhadap kita. Ianya bukan boleh kita cipta untuk diri sendiri. Jadi, bagaimana untuk membuatkan orang ‘memberi’ reputasi tersebut?
Sudah menjadi fitrah manusia untuk menghargai pemberian seseorang terhadap kita. Semakin tinggi nilai pemberian (tak semestinya tinggi nilai RM) tersebut, biasanya semakin tinggi penghargaan kita buat mereka. Secara sedar tak sedar, kita akan semakin menghormati orang tersebut dan mereka mempunyai satu nilai keistimewaan di hati kita. Ya, pada pendapat saya kita mampu membina reputasi baik sekiranya rajin berusaha menawarkan sesuatu yang akan di hargai oleh orang lain.
Dari pemerhatian dan pembelajaran sy selama ini, berikut adalah ringkasan bagaimanakah caranya kita boleh tingkatkan reputasi seperti otai-otai IM yang lain.
- Membuat dan memberi laporan mengenai satu-satu teknik secara PERCUMA ( mestilah laporan berkualiti )
- Aktif dalam berforum ( terutama WangCyber Dot Com ). Bukan setakat itu, harus rajin membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan
- Memberi komen-komen bernas dalam blog orang lain
- Membina blog dan memuatkannya dengan tulisan-tulisan yang menarik perhatian ramai.
- Mengambil berat permasalahan yg timbul dikalangan pelanggan sedia ada.
Di atas cuma 5 perkara umum yang sememang mungkin dah diketahui oleh ramai orang. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukupla dengah 5 kaedah di atas, InsyaAllah reputasi kita akan meningkat sedikit demi sedikit. Nampak seperti senang, tetapi tak semudah itu : ).
Satu perkara penting mengenai pembinaan reputasi ialah ianya pasti tidak akan berlaku dalam masa sehari dua. Ianya satu proses membina keyakinan orang dalam komuniti kita dan ianya perlukan masa. Tiada jalan pintas untuk menjadi seorang yang bereputasi tinggi. Kita harus sabar, komited dan rajin berusaha memupuk dan membajai keyakinan orang di sekeliling kita.
Itulah serba sedikit mengenai reputasi dari kacamata saya, Lanchini. Pastinya anda juga mempunyai pendapat yang lebih bernas, jadi ayuh kongsikan bersama.
Terima kasih.
Lanchini





Leave a comment