Salam buat pembaca,

Saya baru sahaja khatam membaca sebuah buku yang dah lama saya idam-idamkan bertajuk ‘Nota Jutawan Nota Motivasi’ yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi, jutawan internet yang tak asing lagi. Dia juga merupakan idola saya.

Buku Nota Jutawan Nota Motivasi

Anda pernah baca buku ni? Saya pasti anda semakin bersemangat untuk menjadi seorang yang lebih berjaya walau apa jugak bidang yang anda usahakan. Saya turut membeli sebuah lagi buku kembar iaitu ‘Nota Jutawan Nota Perniagaan’, tapi belum sempat untuk membacanya lagi.

Balik kepada tajuk asal post ini, ia sebenarnya berkait rapat dengan salah satu topik yang dibincangkan oleh Irfan Khairi dalam bukunya. Dia bertanya ;

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1000, RM50000 atau RM10000, dimanakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Nak tahu apa jawapannya? Irfan Khairi menjawab, laburkanlah pada DIRI ANDA SENDIRI! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu dalam mencari pendapatan yang lebih.

Terang Irfan Khairi lagi, kalau kita melabur duit tu ke dalam bank sebagai contoh, mungkin kita akan mendapat pulangan 10% atau 12% setahun. Tapi kalau kita bijak membelanjakan wang itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pulangannya mungkin 100%, 200% atau mungkin lebih daripada tu. Gunakan wang itu untuk membeli buku-buku berkaitan dengan perniagaan anda, hadiri kursus, beli buku motivasi dan apa juga yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anda dalam bidang yang anda ceburi.

Bagaimana pula jikalau kita tiada wang? Mmm, nampaknya terpaksa ‘melabur’kan masa dan tenaga untuk mencari bahan-bahan yang mampu menambah ilmu secara PERCUMA di internet. Tapi ingat, buatlah pelaburan untuk ilmu yang BERMANFAAT untuk diri sendiri, bukan ilmu yang memudaratkan ye : ). Jangan kita KEDEKUT dalam melabur untuk ilmu, kerana pulangan yang bakal diterima adalah berkali-kali ganda banyaknya, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih

Lanchini.

p/s : Jika anda juga ingin dapatkan buku ini, silalah layari http://www.stormreaders.net/zamlan77 kerana disini terdapat ratusan buku Islamik dan Motivasi yang boleh anda beli melalui online sahaja. Buku akan di hantar terus ke rumah anda. Anda boleh dapatkan panduanpembelian melalui e-store stormreaders PERCUMA melalui link ini -> http://www.lanchini.com/panduanstormreaders.pdf

Share/Save/Bookmark