Salam hormat,

Alhamdulillah, selepas hampir setahun memulakan Adsense, akhirnya pada 4 Januari 10 yang lepas, saya telah berjaya mendapat hasil yang pertama ;

Pendapatan Adsense Pertama

Pendapatan Adsense Pertama

Selepas peristiwa hitam kerugian beribu-ribu ringgit pada Ogos tahun lalu, saya sebenarnya dah ’separuh’ give up. Bukan give up sepenuhnya ye, hehe.. Apa yang saya maksudkan dengan separuh give up ini ialah saya mula menyedari bahawa Adsense tidak boleh dijadikan sandaran utama untuk pendapatan internet saya. Ini kerana Google berhak untuk membatalkan akaun kita pada bila2 masa walaupun kita telah berusaha sedaya upaya utk patuhi segala peraturannya. Dalam kata lain, anda tidak berhak seratus peratus atas pendapatan Adsense anda.Oh ye, jika anda tidak mengetahui kisah ‘duka’ saya dalam beradsense, silalah download laporan percuma ini -> Konspirasi Adsense.

Pendapatan yang saya terima ini adalah dari pertengahan bulan Oktober hingga November, atau sebulan setengah. Saya hanya membina SATU website sahaja sepanjang tempoh ini. Kenapa satu? Kerana saya ingin buat eksperimen sahaja dahulu dan menunggu hasilnya sebelum ambil tindakan seterusnya. Selepas website ini dilancarkan, saya guna 2 kaedah promosi sahaja. Yang pertama melalui program berbayar (PPC) iaitu dengan menggunakan YSM, dan teknik ke-2 dengan pemasaran artikel. Saya pilih 2 teknik pemasaran ini kerana ianya CEPAT dapat hasil dan yang paling penting, saya hanya perlu buat sekali sahaja dan boleh biarkan sahaja ia menarik trafik secara automatik. Dan saya boleh mengalih fokus ke bidang yang sy usahakan sekarang iaitu pemasaran affiliate : )

Tanpa berselindung, saya sebenarnya telah menggunakan teknik F2R yang diperkenalkan oleh sifu AzamRinggitHit untuk membina website ini. Berbeza dengan cara saya dulu, kali ni saya bina website ni dengan berhati-hati. Terutamanya isi kandungannya. Saya pastikan ianya tidak sekadar tangkap muat aje. Saya ambil masa yang agak lama untuk mencari artikel2 berkualiti yang kemudiannya digabungkan agar ianya menjadi artikel yang betul-betul unik. Artikel ini juga saya gunakan sewaktu mempromosi dengan menghantarnya ke direktori artikel yang popular seperti ezinearticle.com. Hampir 20% trafik dijana melalui teknik article marketing ini. Selain dari itu, saya juga telah mendisiplinkan diri agar tidak menjengok akaun adsense sekerap dulu. Saya hanya check akaun adsense saya sebulan sekali sahaja. Paling kerap pun cuma 2 minggu sekali sahaja, itupun sekadar utk pastikan hasil Adsense melebihi kos pengiklanan PPC . Saya berharap dengan cara ini ia dapat mengurangkan risiko Google mengesan kesalahan saya ( kalau ada la.. ).  Jika terlalu aktif, saya takut ianya akan menarik perhatian Google untuk memeriksa akaun kita. Betul ke tidak, saya pun tak pasti.  Teknik ‘rahsia’ ini masih dalam eksperimen, huhu..

Okla, sebagai penghargaan buat anda yang mengunjungi blog ini, saya ingin membuka peluang utk TEKA BERAPA RM yang saya terima tu? Saya akan beri RM30 (banyak tu! ) buat anda yang dapat memberi jawapan paling tepat. Apa yg anda perlu buat cuma tulis berapa tekaan anda dalam ruangan komen blog ini dan tunggu pengumuman dari saya ye ; ). Tapi ingat, anda hanya berpeluang utk meneka sekali sahaja ye.. ( update 11 jan 09 : peraduan ini telah tamat. Terima kasih buat yang mencuba! )

hint : Nilainya antara RM200 ke RM 800

Itu saja perkongsian kali ni, jumpa lagi.

Lanchini

Share/Save/Bookmark