Aritu waktu sy tengah mengemas-ngemas rak buku yang dah berhabuk tu, tetiba terjumpa sebuah buku panduan bisnes internet yang dibeli 3 tahun yang lalu. Tajuknya ‘ Klik Utk Kaya ‘, tulisan saudara Rosli Jamal. Pernah nengok tak buku ni di book store?


Klik untuk Kaya

Bila nengok buku ni, memori saya kembali kepada keadaan saya 3 tahun yang lalu. Waktu tu, kisah kejayaan jutawan internet, saudara Irfan Khairi (kini doktor) sedang hangat diperkatakan. Wajah Irfan Khairi muncul di majalah-majalah, menjadi tetamu jemputan untuk program television, keluar di radio, time tu memang glamer la Irfan Khairi ni.. Saya sendiri pun rasa teruja untuk menjadi seperti Irfan Khairi yang menjadi kaya walaupun hanya bekerja di rumah.

Di pendekkan cerita, saya pun belila buku ni. Hajat di hati memang nak join seminar Irfan Khairi, tapi bila mengenangkan kosnya yang tinggi, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya pun mula mencari buku yang boleh membimbing saya untuk berjaya dalam bisnes internet.Buku ni jadi pilihan kerana isi kandungannya kelihatan lengkap dan sesuai dengan level saya. Hari-hari duduk baca hingga habis. Pastu saya ulang lagi baca hingga betul-betul faham. Saya yakin saya pun boleh buat step2 yang di ajar dalam buku ni.

Dalam buku ini, Rosli Jamal dengan jelas menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan bisnes internet. Bermula dengan pemilihan produk, membuat kajian, membina web jualan hinggalah pemasaran, semuanya diterangkan dengan terperinci. Rosli Jamal turut mendedahkan betapa penting untuk membina mailing list, menggunakan sistem autoresponder berbayar dan juga kepentingan utk membina kredibiliti melalui blog, forum dan juga ezine.

Tapi sayang, kesibukan menyambut anak ke-2 menyebabkan saya mulai lupa pasal matlamat asal untuk mengorak langkah dalam internet biz. Sikap suka bertangguh dah sebati dalam diri ini pun satu masalah. Bila dah asyik dengan perkara lain, lama-lama kelamaan semangat untuk memulakan internet biz langsung hilang. Matlamat tinggal matlamat tanpa sempat utk mulakan langkah pertama pun…

Andaikata saya mulakan langkah atau ambil tindakan seperti yang disarankan, agaknya dimana posisi saya sekarang?  Dalam  bisnes internet, ada orang yang mampu cipta nama dalam masa tak sampai setahun pun! Adakah saya akan jadi sehebat Irfan Khairi? Atau seperti Shuth, Zamri Nanyan, Ammar Zahar, Smartzul dan ramai lagi nama besar IM sekarang ni? Huhu, seronok sungguh bila berangan-angan..

Dari pengalaman ni, saya belajar satu perkara, JANGAN BERTANGGUH UNTUK MULAKAN LANGKAH PERTAMA. Biasanya langkah pertama adalah langkah yang paling susah untuk dilakukan. Mengapa ye?  Mungkin kerana langkah pertama bererti bermulanya satu perubahan. Memang sifat semulajadi manusia, sukar utk terima dan buat perubahan. Jika kita nak  memanjat gunung Everest sekalipun, semuanya akan bermula dengan satu langkah pendakian pertama. Tanpanya kita tidak akan kemana-mana pun. Begitula dalam bisnes internet, jika anda sudah membeli ebook mengenai Adsense contohnya, buat sedikit perancangan dan terus AMBIL TINDAKAN. Jika tidak, ilmu Adsense tersebut hanya akan terperap dalam ebook tersebut. Ilmu sehebat manapun, jika tidak dipraktiskan atau di amalkan, adalah sesuatu yang sia-sia sahaja.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga ia bermanfaat untuk anda.

Sekian,

Lanchini

Share/Save/Bookmark