Waktu saya menulis post kali ni, genap 2 minggu saya memulakan hidup sebagai usahawan. Sebelum ni, saya telah bekerja makan gaji di sebuah syarikat Jepun selama hampir 9 tahun, satu tempoh yang agak lama. Post kali ni sekadar mengimbau pencapaian selama 2 minggu ni selepas berpindah ke Kuantan, Pahang.
Mungkin ada yang dah tahu yang saya ni juga seorang usahawan cendawan. Ya, bisnes offline saya ialah perusahaan cendawan. Saya dah usahakan projek cendawan lebih 3 tahun. Selama ni saya hanya memantau dari jauh, sebab bekerja di Seremban dan projek pula di Felda Chini Timur, Pahang. Ayahla yang banyak membantu menguruskan projek tu.
Dalam tempoh 2 minggu ni, saya cuba mengambil alih tanggungjawab uruskan projek ni terutamanya bab-bab pemasaran. Saya dah ada beberapa pelanggan di Kuantan. Jadi tugas saya ialah membuat penghantaran cendawan segar kepada mereka. Kadang-kadang terdapat juga kes di mana stok cendawan berlebihan. Jadi, saya terpaksa memasarkannya sendiri di pasar2 tani atau pasar borong. Kalau selama ni kerja di dalam ofis yang berhawa dingin, tapi sekarang terpaksa berdiri di tengah panas menjual cendawan di pasar tani. Bagi saya, pengalaman ni walau agak mencabar, tetapi cukup menyeronokkan dan penuh dengan kepuasan. Saya rasa cukup puas apabila usaha gigih kita berbaloi dan dapat melihat dan memegang hasilnya. Kalau dulu, saya bekerja untuk memuaskan hati bos, tapi sekarang saya bekerja untuk kepuasan diri sendiri : ). Anda boleh membaca kisah cendawan saya ni dengan lebih lanjut di blog cendawan saya ni, blog Chini Agro.
Mengenai bisnes online pula, saya agak sedih kerana ianya tidak berjalan selancar yang diharapkan. Sejak dua menjak banyak peristiwa yg berlaku menyebabkan beberapa projek affiliate saya terganggu. Salah satunya ialah mengenai CPA. Azam tahun ni sy ingatkan ingin menjadikan CPA sebagai tema utama. Tapi, ada sesuatu yang berlaku kepada ’sifu’ saya yang menyebabkan coaching untuk saya terjejas. Saya ada pilihan untuk mempelajarinya sendiri. Tapi, memandangkan sy telah membayar sejumlah wang untuk coaching ini, dicampur pula dengan risiko yang bakal di hadapi, saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat dulu. Lebih elok lewat sikit daripada menanggung kerugian. Saya juga boleh mengambil masa ini untuk study lebih detail mengenai CPA.
Itulah sedikit perkongsian suka dan duka selepas bergelar usahawan sepenuh masa selama 2 mgu ni. Banyak lagi cabaran yang bakal tiba. Doakan supaya saya tabah hadapinya ye..
Terima kasih
Lanchini





Salam Motivasi..
Saya ucap tahniah kpd anda sbb bergelar usahawan. Saya merasa kagum melihat anak bangsa sendiri mempunyai perniagaan sendiri. Memang tidak dinafikan lagi berkerja sendiri merasai kepuasan berbanding dengan makan gaji kerana kita tidak telalu bebas untuk melakukan sesuatu.
Saya doakan agar anda berjaya pada masa akan dtg sebagai usahawan yg berjaya..
TQ..
[Reply]
Lanchini Reply:
January 28th, 2010 at 7:13 am
Salam kembali,
Thanks atas tahniah dan doa anda, InsyaAllah sy akan buktikan anak melayu pun boleh jadi usahawan berjaya. Sy percaya kpd konsep usaha, doa dan tawakkal kepadaNya..
[Reply]
tahniah brO!! semoga transformasi bro akan menjadi dan sukses!!
juga harap berjaya di kedua-dua cabang perniagaan.. off9 n 0n9..
selamat!
[Reply]
Lanchini Reply:
January 28th, 2010 at 7:14 am
Thanks Mzm, doakan kejayaan saya key : ), thanks.
[Reply]
kerja sendiri lagi baik.
susah senang untung rugi semua bergantung pada usaha diri sendiri.
nak taknak je.
all the best!
[Reply]
Lanchini Reply:
February 19th, 2010 at 7:37 am
Memang betul dr. semua bergantung pd diri sendiri. Thanks
[Reply]
Salam..
AlhamdulilLah.. Bro, syukran.. bila tengok gambar cendawan yang bersusun-susun tuh, rasa bersemangat lak.. AlhamdulilLah..
Just nak tanya, kalau tanam cendawan tuh tapi kawasan tak luas.. boleh buat bertingkat-tingkat ke??
Minta tunjuk ajar.. kalau sudi boleh jadi sifoo offline cendawan saya..
AlhamdulilLah, baru resign kerja.. Insya-ALLAH!
Saya tekad nak buat bisness online & offline.. Sekarang masalah nak dapatkan modal..
AlhamdulilLah.
– http://www.muddathsir.wordpress.com
[Reply]
Lanchini Reply:
March 1st, 2010 at 11:44 am
Salam Mil,
Bungkah cendawan memang elok disusun bertingkat-tingkat. Tapi tak boleh rapat sangat, sebab pengudaraan pun penting. Mungkin langkah pertama Mil yang perlu di ambil ialah mendapatkan info dan belajar(kursus) dulu mengenai cendawan ni. Saya juga ada menjual ebook panduan cendawan, boleh rujuk di sini, http://www.panduan-cendawan.com
[Reply]