Powered by Max Banner Ads 

Jana Wang Adsense v2.5 dilancarkan!

Web Jualan Ebook Jana Wang Adsense versi 2.5 (JWA2.5) telah berjaya dilancarkan pd 2 April 10 yang lepas. Patutnya saya jangkakan ianya boleh ‘live’ pd 1 April lagi, tapi atas sebab2 tertentu, ianya delay sehari. Tapi tak mengapa, kini anda boleh dapatkan produk Adsense paling hot kat Malaysia ni.

Saya bukanla penulis asal ebook ni. Ianya produk saudara Nawar, seorang sifu Adsense. Dia telah menjual Hak Jualan semula ebook ini, dan saya telah menjadi reseller. Tapi mengapa saya nak sangat jadi reseller produk ni? Ini jawapannya.

  1. Saya dah lebih setahun menggunakan ebook ini. Saya amat memahami isi kandungannya walau bukan seratus peratus. Jadi, dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman ini, saya berasa yakin utk membantu para pembeli pula.
  2. Ebook ini mempunyai reputasi yang sangat baik dikalangan pembeli. Ramai sangat berpuas hati dengan isi kandungannya.
  3. Bro Nawar telah tutup jualannya. Ramai pembeli sedang ternanti-nanti kemunculannya semula. Jadi ebook ini telah pun mempunyai prospek yang berpotensi tinggi.
  4. Saya tertarik dengan support promosi yang bakal diberi kepada reseller ebook ini. Antaranya, saudara Nawar akan mengiklankannya di akhbar Berita Harian (online) untuk tempoh sebulan.

Dari pengalaman saya, masalah utama kebanyakan pembeli ebook ini ialah untuk dapatkan keyword yang mempunyai persaingan rendah, tapi permintaan tinggi. Dalam erti kata lain, nak cari keyword berpotensi tinggi. Tanpa keyword sebegini, anda sukar mendapat hasil mengikut kaedah2 JWA. Proses ini perlukan ketekunan yang lebih. Begitu juga teknik2 kenal pasti keyword ini, tanpa teknik betul, anda pasti akan mengambil masa terlalu lama. Lebih malang, kalau tiada hasil langsung.

Sebab itu, khas buat pembeli JWA ini, saya akan tawarkan khidmat percuma membantu mereka mendapatkan keyword-keyword berpotensi tinggi. Ini penting sebagai ‘kick start’ utk mereka supaya momentum motivasi tu tak hilang. Saya kata begini kerana memang terdapat kes dimana ada pembeli JWA yang gagal untuk mulakan lansung! Kalau tak mula, maka tiadala hasil : (

Sebenarnya bonus-bonus yang ditawarkan JWA ni dah cukup banyak. Saya sendiri tak terhabis guna pun bonus-bonus asal tu, hehe. Yang penting ialah bukan bonus, tapi apa manfaat yang anda dapat dari ebook ini. Saya yakin, itula yang ramai orang fikir waktu membeli supaya pelaburan mereka tu berbaloi-baloi.

Oklah, jika anda berminat JWA ni, boleh layari web jualan ini ;

http://www.jana-wang-adsense2u.com

Terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Motivasi dr Sifu Adsense

Salam buat pembaca,

Program Google Adsense (GA) adalah antara program affiliate yang paling glamer di Malaysia khususnya buat newbie. Saya juga bermula dengan Adsense. Saya join kerana mudah untuk sertainya dan juga tak perlu sesen modal pun. Lagipun skop pasarannya adalah luas (antarabangsa). Antara sebab lain saya join Adsense ialah saya rasa ianya bukan dalam bentuk ‘menjual’. Kita perolehi income melalui klik yang diterima, jadi tak perlu membuat promosi sama seperti menjual produk2 lain.

Ebook pertama yang saya beli jugak merupakan ebook berkaitan adsense. Tajuknya ialah Jana Wang Adsense atau JWA. Anda pernah dengar ebook ni? Ianya merupakan hasil tulisan sifu Adsense tempatan yang glamer, bro Nawar.

Baru-baru ni saya mendapat email dr bro Nawar mengatakan JWA akan dinaiktaraf dari versi 2.1 ke 2.5. Dan Alhamdulillah, sewaktu menulis post ini, saya telahpun selesai mendownload ebook versi terbaru tu.

Tapi kali ni saya bukan ingin menulis mengenai ebook tersebut. Saya ingin berkongsikan klip video motivasi yang disertakan oleh bro Nawar di dalam email yang saya terima. Menurut bro Nawar, video ni bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sekadar untuk memberi motivasi bahawa pulangan lumayan menanti anda yang berusaha gigih untuk berjaya dalam Adsense…

Saya sendiri sebenarnya sudah tidak beberapa aktif dalam beradsense. Kesibukan dalam aktiviti harian membuatkan saya terpaksa menghadkan masa untuk melakukan aktiviti berkaitan GA. Kadang-kadang, rasa kurang bersemangat jugak, terutama bila dapati hasilnya tidakla setimpal usaha yang telah di ambil. Biasala tu, bila mood dah down, semangat pun akan down jugak..

Tapi bila lihat bro Nawar punya penangan, saya rasa semangat tu datang kembali perlahan-lahan. Kalau bro Nawar boleh buat macamni, mm saya pun nak jugak income adsense beratus-ratus dolar sehari! Kalau Nawar boleh, Lanchini pun boleh!Haha, aura Nawar nampaknya dah meresap perlahan-lahan..

Itu sahaja, enjoy the video!

Lanchini

p/s: Bro Nawar dah tutup jualan ebook JWA. Tp berita baiknya, saya sedang berusaha utk dapat hak jualan semula PLR nya. Kalau berjaya, anda boleh dapatkan ebook ini dari saya dan InsyaAllah, saya akan berikan PC PERCUMA! Tp khas utk mereka yang pertama kali membuat Adsense sahaja ye..

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Share/Save/Bookmark

Produk Panazzz bulan Mac

Salam buat semua,

Sejak sebulan dua ni, cuaca di luar memang panas. Di Chini, dah hampir 2 bulan rasanya hujan tak turun menyebabkan projek cendawan saya mula menghadapi masalah..Cendawan perlukan kelembapan tinggi dan suhu rendah. Tanpa dua keadaan ni, cendawan kurang hasilnya dan peratusan yang mati akan tinggi.. Nak tau rupa cendawan kering ni, kenala nengok blog cendawan saya key.

Post kali ni bukan mengenai cendawan. Tapi mengenai produk-produk digital yang terbit bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan Mac ni. Pada pendapat saya, ramai orang menunggu produk Rahsia Affiliate Kerajaan ‘reda’ dahulu sebelum lancarkan produk masing-masing. Kena bagi laluan kat produk otai dulu, hehe.. Inipun salah satu strategi pemasaran jugak, tak boleh dipandang sebelah mata, silap-silap rugi pulak.

Dalam banyak-banyak produk tu, saya berkesempatan untuk review 2 produk yang agak ‘unik’ bagi saya. Terima kasih buat kedua-dua pihak penerbit kerana memberi peluang review ini, saya sangat-sangat menghargainya.

  1. Rahsia Pemasaran Joint Venture (RPJV) oleh saudara Julius
  2. Rahsia Personaliti oleh Amirul Hafiz dan Yahzid Yahya

Rahsia Pemasaran Joint Venture

Rahsia Pemasaran Joint Venture

Nak hasilkan jualan bukanla sesuatu yang mudah. Walau produk hebat macamana pun, tanpa teknik pemasaran yang betul, susah untuk hasilkan walau satu jualan. Apatah lagi jika anda seorang yang newbie, tak dikenali, tak mempunyai kredibiliti dan senarai prospek (mailing list). Itu belum masuk lagi bab skil2 pemasaran seperti mencari prospek dan bagaimana menukarnya menjadi pembeli. Maklumla, nak menjual produk online ni bukannya secara bersemuka, jadi bukannya satu perkara mudah untuk menyakinkan bakal pembeli.

Realitinya, dalam keadaan persaingan yang tinggi, bukan senang untuk melakukan pemasaran secara berseorangan. Adalah lebih bijak jika anda mengajak mereka yang lebih berpengalaman terutamanya untuk bersama-sama membantu memasarkan produk anda. Teknik pemasaran sebegini turut dikenali sebagaiĀ  pemasaran Joint Venture, JV. Semakin ramai yang menyertai JV anda, semakin lumayan hasilnya nanti. Masalahnya kebanyakan newbie kurang menyedari kepentingan melakukan JV ini. Kalau sedar pun, mereka seperti tak yakin untuk melakukannya kerana sedar kemungkinan yang otai tidak akan melayani permintaan JV mereka.

Dalam RPJV, Julius mendedahkan teknik-teknik yang dapat membantu para newbie membina hubungan dengan orang berpengalaman dan bagaimana cara yang betul mengajak mereka bersama-sama memasarkan produk anda. Banyak perkara yang disentuh oleh Julius seperti kepentingan JV,etika, perancangan, teknik mengenali rakan JV berpotensi dan macam-macam lagi. Semua ilmu ini telah dipraktiskan dan dibuktikan berjaya oleh saudara Julius sendiri. Dengan ilmu ni, InsyaAllah anda tidak perlu risaukan aspek pemasaran lagi kerana otai sedang menunggu untuk membantu anda. Kalaula otai tersebut adalah Dr Irfan Khairi, alangkah bagusnya, : ).

Saya tak perlu huraikan dengan lebih detail lagi. Anda bolehmembaca dan menilainya sendiri dengan klik gambar di atas. Memang tak rugi anda miliki ilmu hebat ini.

Rahsia Personaliti

Rahsia Personaliti


Ebook ni lagi unik, sebab takde kena mengena langsung dengan teknik membuat duit di internet, tapi satu ebook yang mengajar anda bagaimana mengenali personaliti diri sendiri dan juga orang-orang sekeliling anda. Mengenali diri adalah satu langkah awal dan terpenting sebelum anda dapat meningkatkan diri untuk jadi manusia hebat.

Kita sebenarnya masih tidak mengenali sepenuhnya diri sendiri. Kalau kenal pun, sesetengah orang tak mengaku mempunyai sifat tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya sifat buruk. Memang fitrah manusia sukar menerima keburukan diri lebih-lebih lagi jika ianya diberitahu oleh orang lain. Jadi, apa kata anda buat penilaian diri sendiri pula? Mungkin ebook ni dapat membantu anda.

Menurut ebook ini, setiap bentuk anggota fizikal badan dan raut wajah melambangkan personaliti tuan punya tubuh tersebut. Contohnya, dari bentuk dan susunan gigi seseorang, kita tahu adakah dia seorang yang baik hati atau jenis iri hati. Jika anda sedang mecari-cari partner perniagaan anda, info sebegini pasti dapat menjadi clue yang berguna. Begitu juga jika anda sedang mencari pasangan hidup, kenali dia melalui raut wajahnya! Oh ye, saya sudah berumah tangga. Selepas baca ebook ni bersama isteri, kami semakin mengenali sifat masing-masing. Dan InsyaAllah, dengan info ini, kami akan sama-sama berusaha meningkatkan diri demi kebahagian keluarga.

Apa yang terkandung dalam ebook ni mungkin 100% tak tepat dengan diri anda. Tapi sekurang-kurangnya ianya memberi petunjuk agar anda lebih bersedia untuk meneruskan kehidupan ini bersama pasangan, keluarga dan juga rakan-rakan anda. Berikan sedikit masa untuk anda mempelajari ilmu ini. Selamat membaca, anda pasti tersenyum nanti.

***************************************************

Sebagai penghargaan pembaca blog ini, saya akan memulangkan anda RM15 jika anda membeli kedua-dua ebook di atas sekaligus. Tapi hanya melalui link yang ada diblog ni sahaja ye.. Terima kasih atas sokongan anda.

Sekian.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Sumber INSPIRASI Lanchini

Salam buat pembaca,

Selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya tercapai jugak hasrat saya untuk bergambil (dan ambil tanda tangan : ) ) idola saya dalam pemasaran internet. Siapa dia? Tak lain tak bukan Dr. Irfan Khairi.

Gambar bersama IK

Gambar ni di ambil di Seminar Perniagaan Internet dari Rumah yang dianjurkan oleh pihak Stormreaders2u di Hotel Vistana pada Sabtu yang lepas. Seminar percuma ni pada asalnya hanya menjemput 200 orang peserta. Tapi bilangan peserta yang hadir lebih 500 orang! Sampai ada berdiri kat belakang tu.. Hebat betul penangan Irfan Khairi.

Tapi post kali ni bukan mengenai stormreaders semata-mata. Tapi mengenai inspirasi juga. Bagi saya, inspirasi adalah daya yang menjadikan kita sentiasa bermotivasi untuk menggapai matlamat atau cita-cita. Ianya mungkin dalam bentuk kisah kejayaan, individu berjaya, orang yang dicintai, objek yang disayangi dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan satu daya pemacu untuk kita bergerak. Tanpa inspirasi, mungkin kita akan cepat kehilangan momentum, dan lama kelamaan hilang terus semangat tu..

Saya telah menjadikan Dr Irfan Khairi sebagai sumber inspirasi sejak dari awal mempelajari perniagaan internet lagi. Saya juga sukakan personaliti yang dibawanya. Tidak sombong, mesra, berketrampilan, pandai memberi ceramah, suka berkongsi ilmu dan banyak lagi perkara2 positif yang boleh dipelajari. Harapan saya, moga IK akan terus kekal dengan identiti tersebut.

Oh ye, gambar ni akan sy framekan elok2 dan sudah pastinya akan menjadi imej background desktop saya!

Lanchini

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Share/Save/Bookmark

Stormreaders melanda..

Salam buat pembaca semua,

Post kali ni sebenarnya adalah lanjutan dari post yang lepas. Ianya mengenai Stormreaders. Pernah dengar atau tonton filem Stormriders? Kisah Penjejak Awan dan Penjejak Badai tu? Mm, sebenarnya Stormreaders ni langsung takde kena mengena dengan Stormriders tu, huhu.

stormreaders

Stormreaders Network adalah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang terkenal kerana menerbitkan buku-buku ilmiah, keagamaan serta motivasi. Teknik pemasaran Stormreaders dikenali sebagai MLM Affiliate Program, atau Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat. Mudah kata, ianya sebuah program MLM.

Sebelum sertai Stormreaders, saya sebenarnya seorang yang ‘kurang’ meminati program MLM ni. Sebabnya, bagi saya ia program yang tak beberapa adil. Satu ciri yang saya tak berkenan ialah piramid system yang mana orang berada di bahagian upline boleh bergoyang kaki sahaja. Ini kerana komisyen jualan downline masuk ke poket mereka tanpa orang downline tu ‘rela’ pun. Ini salah satu faktor, dan ada lagi faktor2 yang membantutkan hasrat saya terutamanya yang berkaitan dengan hukum Halal/Haram ..

Tapi saya sertai jugak Stormreaders. Mengapa? Ini sebab2 nya..

  1. Menjadikan ilmu sebagai produk utama. Banyak buku-buku ikon terkenal seperti Dato’ Dr Fadilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan ramai lagi dijual oleh Stormreaders. Kesemuanya adalah produk bermutu tinggi dan menjadi pilihan ramai pembaca.
  2. Program ni di rekomen oleh idola saya, Irfan Khairi : )
  3. Saya yakin dengan sistem pemasarannya yang mematuhi syariat agama. Untuk pengetahuan, Ustaz Zaharudin dan Ustaz Zahazan adalah lembaga Penasihat Syariahnya. Mereka berdua telah membuat pemantauan dari peringkat awal penubuhan syarikat ini ( sejak 2 tahun lalu ) dan mempunyai kuasa eksekutif untuk mengubah sistem jika dirasakan tidak mematuhi syariah. Dan yang lebih penting, mereka berdua adalah PAKAR dalam bidang ni.
  4. Setiap yang menjadi ahli akan mendapat kedai online ( Kedai saya , http://www.stormreaders.net/zamlan77 ). Jadi dengan menyertai Stormreaders, saya masih tidak lari dari fokus untuk berjaya dalam pemasaran internet.
  5. Saya turut dapat membantu isteri menambahkan pendapatannya dengan menjual buku secara offlline di sekolah tempat dia mengajar : )

Sebagai seorang ahli Stormreaders, saya mendapat beberapa faedah seperti berikut ;

  • Mendapat kedai online ( http://www.stormreaders.net/zamlan77 ) dimana saya mendapat komisyen hasil dari jualan melalui kedai online ini. Oh ye, kedai ini dikenali sebagai e-store Stormreaders. Selain komisyen, saya turut mendapat beberapa bonus yang lain.
  • Takaful Insurans Kemalangan Diri bernilai RM20,000
  • Khairat Kematian dan elaun hospital RM3,000

Lupa nak beritahu, untuk pendaftaran ahli, anda perlu membuat pendaftaran dan membuat pembayaran sebanyak RM90. Selain jadi ahli biasa, anda juga boleh upgrade ke status Rakan Pengedar dan Pengedar. Setiap status mempunyai beberapa ciri istimewa yang tersendiri. Saya sendiri kini berstatus Rakan Pengedar di bawah group yang ditaja oleh Irfan Khairi ( aiseh, Irfan Khairi lagi.. )

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Stormreaders ni, website berikut mungkin boleh membantu anda.

Itu sahaja mengenai Stormreaders. Kalau anda merasakan diri anda berminat untuk bersama-sama membina masyarakat Berilmu, Beriman, Beramal dan Berharta, jangan segan untuk menghubung saya di;

h/p : 019-3951516

email : zamlan77@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads