Pejam celik dan pejam celik lagi, akhirnya kita sampai di penghujung tahun 2009 (waktu post ni ditulis). Saya rasa macam baru aje menyambut kedatangan 2009, sekarang dah kena ucap selamat tinggal. Saya rasa masa semakin lama semakin cepat ia berlalu, mengapa yek? Mungkin faktor suasana kehidupan yang makin sibuk menyebabkan hal ni berlaku…Sepanjang 2009 ni, memang banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang rasanya manis, tawar, kelat, masam-masam masin dan macam-macam lagi la. Kalau nak disenaraikan semua tu, tak muatla gayanya blog ni, pembaca pun akan menyampah nanti, hehe..
Tapi saya ingin berkongsi 2 detik yang paling bermakna dalam hidup saya sepanjang 2009 ni. 2 Detik ni saya anggap sesuatu yang mungkin tak dapat saya lupakan sampai bila-bila.
Yang pertama ialah kelahiran anak ke-3 saya. Namanya Nafisa Imani dan dilahirkan pada 7 Julai 2009. Walaupun dah no.3, tapi naluri seorang ayah tetap menganggap detik menatapnya kali pertama kat Hospital Kuala Pilah adalah sesuatu yang indah. Betulla kata orang, anak ialah anugerahNya yang terindah buat ibu dan bapa. Kelahiran Nafisa Imani membuatkan kami sekeluarga semakin ceria. Detik bersama keluarga amat penting buat saya terutamanya selepas kelahiran bayi comel secomel ayahnya ini, hahaha..

Detik bermakna yang seterusnya pula ialah sewaktu menghantar surat berhenti kerja pada 10 Oktober yang lalu. Ya, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat dimana saya telah bekerja di situ selama hampir 9 tahun. Inilah syarikat pertama yang saya bekerja selepas grad pada 2001 yang lalu. Jika diimbau kembali, di sinila saya mula belajar hidup berdikari dan bermasyarakat selepas tamat belajar. Dari zero hingga ke hero, eewahh, macam produk Ammar Zahar la pulak ye : ). Bukan hero la, tapi kini berjaya menjawat jawatan yang agak penting kat syarikat tu. Namun apakan daya, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa melepaskan jawatan ini demi untuk memulakan kehidupan baru di Kuantan bersama keluarga tersayang.
Itulah sedikit coretan dari saya mengenai tahun 2009. Untuk tahun 2010 nanti, saya akan memulakan hidup baru di tempat baru. Saya kini tinggal di Kuantan dan bakal memulakan karier saya sebagai seorang usahawan cendawan sepenuh masa dan sudah tentu sebagai IM sepenuh masa juga. Saya berazam untuk memajukan bisnes online dan offline ni ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang, InsyaAllah.
Itu sahaja buat kali ni, jumpa lagi.
Lanchini