Archive for the ‘ Panduan IM ’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Apa citer Lanchini?

Salam hormat,

Waktu saya menulis post kali ni, pasukan piala dunia favourite saya iaitu Jepun baru je tersingkir di pusingan kedua. Ia kalah dengan penentuan penalti menentang pasukan dari benua Amerika Selatan, Paraguay. Walau kalah, saya tabik kat pemain Jepun yang sentiasa bersemangat mengekang dan menyerang pasukan yang lebih tinggi rankingnya tu. Pencapaian ke pusingan ke-2 adalah pencapaian terbaik pasukan Jepun.

Itu cerita mengenai piala dunia. Bagaimana pula dengan cerita saya? Kalau tak silap, dah lebih sebulan saya tidak aktif dalam dunia pemasaran internet. Blog ni pun tak diupdate dan saya jarang sekali online di forum WangCyber.com hingga ada member seangkatan yang bertanya kemana saya pergi. Adakah saya sudah meninggalkan perniagaan internet?

Tidak, saya tidak tinggalkan perniagaan internet walau kurang aktif sekarang. Ada 2 sebab utama mengapa saya jarang online sekarang iaitu ;

  1. Saya kini bekerja makan gaji semula selepas 6 bulan bekerja sendiri
  2. Faktor Piala Dunia : )

Mengenai faktor no.1 tu, sejak masuk bulan june, saya telah mendapat kerja disebuah syarikat maitenance di Kuantan. Kini masa saya terikat kembali dengan waktu kerja 8 pg hingga 5 petang. Kebetulan pula, pada bulan Jun ni syarikat tempat saya bekerja ni amat sibuk sekali menyebabkan saya acapkali pulang dari ofis lebih dari pukul 9 malam. Bila dah lewat, tentula badan letih dan otak pun tak mampu berfikir untuk membuat kerja-kerja pemasaran internet.Di pejabat pula, saya tak boleh lagi meng’ular’ seperti dulu kerana perlu belajar perkara baru dengan cepat. Kalau tak susah nak buat kerja berkumpulan nanti.

Bila dah balik dan bersihkan badan, kebetulan pula tiba waktu untuk menonton siaran langsung piala, jadi terus layan piala dunia sambil merehatkan minda, huhu. Maka, jadilah faktor ke-2 tu.

Pun begitu, income saya takla se’pasif’ aktiviti saya. Itulah kelebihannya dengan pemasaran internet kerana kebanyakan perkara dilakukan secara automatik. Saya masih menjana sedikit pendapatan melalui Adsense serta jualan ebook-ebook yang saya pasarkan. Antara ebook yang paling banyak memberi sumbangan ialah Panduan Cendawan. Ebook ni saya telah buka jualan sejak April tahun lepas lagi dan Alhamdulillah, ia masih memberi sumbangan setiap bulan walau hanya mempromosinya di blog cendawan saya.

Bagaimana pula selepas ini? Sudah tentu saya tidak akan sesekali meninggalkan dunia perniagaan internet yang penuh dengan cabaran ini. Setiap cabaran akan mendewasakan kita. Jadi, jangan segan untuk hadapi cabaran. Tempuhi setiap cabaran dengan berani dan sentiasa mencari solusi untuk atasi setiap cabaran tu, InsyaAllah usaha kita tidak akan sia-sia.

Sekian,

Lanchini.

Share/Save/Bookmark

Aku seorang blogger?

21 Jun 2007, adalah tarikh keramat saya dalam berblog. Inilah tarikh kepada permulaan aktiviti berblogging saya. Pada waktu tu, tujuan saya adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam mengusahakan perusahaan cendawan. Itu pun selepas berbulan-bulan ‘usha’ blog cendawan orang lain dan akhirnya saya pun belajar sikit-sikit mengenai blogging. dengan gunakan platform blogspot. Dari menceritakan pengalaman, tujuan saya mula berubah dengan menjadikan blog cendawan itu sebagai tempat memaparkan iklan mengenai kursus penanaman cendawan yang kami anjurkan. Dari situ, saya mula memahami bahawa blog boleh menjadi medium mendapatkan income.

Blog Lanchini Dot Com ni pula telah dibina pada awal tahun 2010. Bagi saya,  blog ini sebagai satu lambang bahawa saya serius dalam menceburi bidang keusahawanan internet ( konon-kononya la : ) ). Sebagai tema, saya ingin menjadikan Lanchini Dot Com untuk saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta informasi-informasi terkini berkaitan dengan dunia perniagaan internet tempatan. Di samping tu, saya juga ingin jadikan blog tempat untuk mengasah bakat saya dalam menulis. Mm, saya memang tak pandai menulis. Dari waktu UPSR lagi, menulislah subjek paling lemah, paling tak pandai, huhu.

Blogging memang ‘lubuk’ duit untuk orang yang tahu menggunakan kelebihannya. Di Malaysia, dah ramai orang menjadikan blogging sebagai profesion mereka. Even surirumah pun boleh dapat puluhan ribu ringgit sebulan hanya melalui blog. Contohnya ialah blog RedMummy yang kisahnya tersiar dalam Harian Metro tak lama dahulu. Blog ni memaparkan kisah kehidupan seorang wanita, isteri dan seorang ibu dalam menjalani kehidupan sehariannya. Blog-blog popular yang menjadi pilihan saya sudah tentulah ianya berkaitan dengan bidang pemasaran internet ni. Antara blog tersebut ialah blog Irfan Khairi, Rohaizad Dot Com dan blog SmartUsaha ( Lihat link di sebelah kanan blog ). Ada lagi sebenarnya, tapi 3 blog inilah yang paling saya suka baca. Ada yang saya baca kerana kisah-kisahnya yang menarik dan ada yang saya baca kerana ilmu yang dicurahkan oleh penulisnya.

Sumber pendapatan dari aktiviti berblogging ni biasanya daripada pengiklanan affiliate, ruang pengiklanan, nuffnang, Adsense dan macam-macam lagi sumber yang saya sendiri pun tak beberapa pandai nak ulas. Setakat ini, saya hanya guna satu kaedah untuk menjana pendapatan dari blog iaitu pengiklanan affiliate.

Mengenai HASIL (RM) DARI BLOG ini, segan untuk saya beritahu bahawa pencapaian Lanchini Dot Com takla sehebat mana. Lebih tepat, memang tak hebat pun. Secara purata, blog ini hanya mampu menjana puluhan ringgit setiap bulan hasil dari pengiklanan affiliate yang anda dapat lihat sekeliling blog ini. Ini ialah contoh terbaru hasil dari blog ini dimana saya tidak membuat promosi melalui kaedah lain selain daripada blog ini ;

komisyenaffiliate

Mungkin ada yang ketawa melihat hasil yang ciput ni, tapi tak mengapa, bagi saya sesuatu kejayaan besar bermula daripada kejayaan kecil. Ini kali ke-2 saya mendapat komisyen daripada affiliate ini. Okla tu kan, at least dah dapat balik modal yang saya gunakan untuk membeli satu panduan Audion yang dinamakan Aku Seorang Blogger ( ASB ) tulisan saudara Raja Kamil.

Panduan ASB ni saya beli dari tahun lepas lagi. Lepas beli terus peram, hehe.. Ini kerana pada waktu tu saya sedang sibuk dengan pelbagai urusan lain menyebabkan saya lupa terus mengenai panduan dalam bentuk audio ni. Hinggala awal tahun 2010 yang lalu, barula saya terkial-kial untuk mendengar dan memahami isi kandungan ASB ni dan seterusnya mencubanya pelbagai teknik yang diperkenalkan oleh otai blogger ini. Bagi saya, Raja Kamil adalah seorang blogger yang amat kreatif dan mempunyai teknik-teknik unik dan berkesan. Dalam ASB, Raja Kamil mendedahkan 3 teknik utama yang menjadi nadi kejayaan blogging iaitu ;

  1. Menarik trafik
  2. Menambar subscriber
  3. Menjana pendapatan

Tak guna kita mempunyai blog yang cantik menarik, tapi tiada siapa pun yang datang untuk membacanya, betul tak? Tanpa trafik, blog akan menjadi seolah-olah tiada nyawa, tak hidup. Dalam ASB, Raja Kamil mendedahkan formula yang diguna pakai oleh beliau untuk menarik trafik semaksimum mungkin. Ada yang menggunakan forum, blog commenting, manipulasi isu dan macam-macam lagi teknik yang didedahkan secara terperinci. Apa yang pasti, kaedah2 ini memang berkesan dan anda dapat melihat sendiri bagaimana Raja Kamil mempraktiskannya. Saya turut aplikasikannya dan transaksi M2U di atas adalah salah satu bukti nyata kejayaan kecil yang telah saya capai.

Oklah, saya tak perlu ulas lanjut mengenai ASB ini kerana adalah lebih berbaloi untuk mendapatkannya sendiri dan berilah testimoni dari anda pula, dan tanya diri anda, adakah ‘ Aku Seorang Blogger ‘ ? Apa yang ditulis disini mungkin benar untuk saya, tapi bukan untuk anda kerana setiap orang mempunyai stail masing-masing yang boleh mempengaruhi hasilnya.

Klik sini untuk terus ke ASB.

Sekian saja, terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Plan Kerja Anda !

Salah satu masalah utama saya sewaktu sedang membuat kerja pemasaran internet ialah selalu tidak fokus bila membuat satu-satu kerja. Maklumla, bila tengah online ni, mudah aje nak merayap ke sana ke mari. Kadang-kadang tu, tengah buat kerja ada pulak email masuk inbox. Bila dah tahu ada mesej, hati ni meronta-ronta nak membacanya. Pastu bila dah baca, klik pulak link dalam mesej tu dan masuk pula website lain. Last2, kerja yang dirancang tak menjadi, hanya membuang masa merayap di internet je, hehe..

Satu lagi punca kepada masalah saya ialah kerana bekerja di rumah. Kat rumah ni macam-macam dugaan ada. Contohnya bila lapar sikit, terus buka peti cari makanan. Dahaga sikit, terus rasa nak bancuh air. Rasa boring sikit, laju je nak tekan remote tv pulak. Dan paling best, katil pun dekat aje, hehe..

whattodo

Cakap pasal hilang fokus ni, sebenarnya sy nak berkongsi satu tips yang baru saya sendiri baru belajar. Tip tersebut ialah

Tulis  Perancangan Kerja  Pada Malam Sebelumnya

Saya rasa tip ni bukanla sesuatu yang baru. Ramai yang dah tahu bahawa membuat perancangan awal boleh membantu melicinkan kerja pada hari tersebut. Ia menjadikan penggunaan masa lebih efektif dan cekap. Menurut buku yang saya baca ni, sepuluh minit masa yg diguna utk menulis perancangan kerja mampu menjimatkan hingga 3 jam masa keesokannya! Sebab itulah perancangan kerja  amat dititikberatkan oleh otai-otai walau apa jugak bisnes diorang ni.

Okla, apa yang bagus sangat mengenai teknk ini? Sy cuba senaraikan seperti di bawah ;

  1. Dengan menulis pada pada malam sebelumnya, anda sebenarnya boleh meransang Minda Separa Sedar. Waktu anda tidur, minda separa sedar ini akan bekerja untuk mencari jalan penyelesaian atau idea berkaitan apa yang anda telah rancangkan. InsyaAllah, bila bangun keesokannya, anda akan mempunyai lebih banyak idea bagaimana melakukan kerja tersebut. Bila idea dah mula datang, kita  pastinya akan jadi semakin asyik dengan tugasan.
  2. Dengan menulis pada kertas atau planner, anda dapat melihatnya berulang kali. Sekaligus menjadi peringatan berterusan apa yang patut anda buat hari tersebut supaya tidak lalai dan leka.
  3. Bila satu2 kerja disiapkan, terus buat pangkah atau garisan utk menandakan ianya telah siap. Secara tidak lansung, ianya memberi satu kepuasan dan motivasi apabila satu persatu kerja disiapkan.
  4. Membuat kerja berdasarkan perancangan adalah satu teknik mendisiplinkan diri sendiri yang paling berkesan.

Membuat list ‘what to do’ telah pun saya praktiskan sejak dahulu lagi iaitu waktu bekerja di syarikat lama. Membuat list ringkas apa yang perlu dilakukan hari ni banyak membantu saya menyusun jadual kerja. Tapi saya tak menjadikannya amalan harian, cuma di amalkan waktu betul2 ‘tight’ sahaja.

Sekarang saya cuba mendisiplinkan diri untuk membuat list What To Do ni pada malam sebelumnya. Sebelum tutup laptop, saya ambil pen dan start fikir apa yang perlu dilakukan keesokannya. Biasanya saya bahagikan waktu kepada 3 waktu iaitu pagi, petang dan malam. Alhamdulillah, saya rasa selepas mencubanya beberapa minggu, saya rasa ada kelainan dalam pengurusan waktu saya. At least, saya tak mudah lagi merayap ke sana ke mari tanpa arah lagi. Idea pun rasa lebih mudah untuk datang. Waktu buat kerja, saya kini lebih fokus buat kerja. Waktu promosi, saya fokus untuk promosi sahaja.

Itulah sedikit perkongsian kali ni. Kalau anda belum pernah mencubanya, apa kata kalau lakukannya hari ini!

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Sumber INSPIRASI Lanchini

Salam buat pembaca,

Selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya tercapai jugak hasrat saya untuk bergambil (dan ambil tanda tangan : ) ) idola saya dalam pemasaran internet. Siapa dia? Tak lain tak bukan Dr. Irfan Khairi.

Gambar bersama IK

Gambar ni di ambil di Seminar Perniagaan Internet dari Rumah yang dianjurkan oleh pihak Stormreaders2u di Hotel Vistana pada Sabtu yang lepas. Seminar percuma ni pada asalnya hanya menjemput 200 orang peserta. Tapi bilangan peserta yang hadir lebih 500 orang! Sampai ada berdiri kat belakang tu.. Hebat betul penangan Irfan Khairi.

Tapi post kali ni bukan mengenai stormreaders semata-mata. Tapi mengenai inspirasi juga. Bagi saya, inspirasi adalah daya yang menjadikan kita sentiasa bermotivasi untuk menggapai matlamat atau cita-cita. Ianya mungkin dalam bentuk kisah kejayaan, individu berjaya, orang yang dicintai, objek yang disayangi dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan satu daya pemacu untuk kita bergerak. Tanpa inspirasi, mungkin kita akan cepat kehilangan momentum, dan lama kelamaan hilang terus semangat tu..

Saya telah menjadikan Dr Irfan Khairi sebagai sumber inspirasi sejak dari awal mempelajari perniagaan internet lagi. Saya juga sukakan personaliti yang dibawanya. Tidak sombong, mesra, berketrampilan, pandai memberi ceramah, suka berkongsi ilmu dan banyak lagi perkara2 positif yang boleh dipelajari. Harapan saya, moga IK akan terus kekal dengan identiti tersebut.

Oh ye, gambar ni akan sy framekan elok2 dan sudah pastinya akan menjadi imej background desktop saya!

Lanchini

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !

Share/Save/Bookmark

Stormreaders melanda..

Salam buat pembaca semua,

Post kali ni sebenarnya adalah lanjutan dari post yang lepas. Ianya mengenai Stormreaders. Pernah dengar atau tonton filem Stormriders? Kisah Penjejak Awan dan Penjejak Badai tu? Mm, sebenarnya Stormreaders ni langsung takde kena mengena dengan Stormriders tu, huhu.

stormreaders

Stormreaders Network adalah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang terkenal kerana menerbitkan buku-buku ilmiah, keagamaan serta motivasi. Teknik pemasaran Stormreaders dikenali sebagai MLM Affiliate Program, atau Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat. Mudah kata, ianya sebuah program MLM.

Sebelum sertai Stormreaders, saya sebenarnya seorang yang ‘kurang’ meminati program MLM ni. Sebabnya, bagi saya ia program yang tak beberapa adil. Satu ciri yang saya tak berkenan ialah piramid system yang mana orang berada di bahagian upline boleh bergoyang kaki sahaja. Ini kerana komisyen jualan downline masuk ke poket mereka tanpa orang downline tu ‘rela’ pun. Ini salah satu faktor, dan ada lagi faktor2 yang membantutkan hasrat saya terutamanya yang berkaitan dengan hukum Halal/Haram ..

Tapi saya sertai jugak Stormreaders. Mengapa? Ini sebab2 nya..

  1. Menjadikan ilmu sebagai produk utama. Banyak buku-buku ikon terkenal seperti Dato’ Dr Fadilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan ramai lagi dijual oleh Stormreaders. Kesemuanya adalah produk bermutu tinggi dan menjadi pilihan ramai pembaca.
  2. Program ni di rekomen oleh idola saya, Irfan Khairi : )
  3. Saya yakin dengan sistem pemasarannya yang mematuhi syariat agama. Untuk pengetahuan, Ustaz Zaharudin dan Ustaz Zahazan adalah lembaga Penasihat Syariahnya. Mereka berdua telah membuat pemantauan dari peringkat awal penubuhan syarikat ini ( sejak 2 tahun lalu ) dan mempunyai kuasa eksekutif untuk mengubah sistem jika dirasakan tidak mematuhi syariah. Dan yang lebih penting, mereka berdua adalah PAKAR dalam bidang ni.
  4. Setiap yang menjadi ahli akan mendapat kedai online ( Kedai saya , http://www.stormreaders.net/zamlan77 ). Jadi dengan menyertai Stormreaders, saya masih tidak lari dari fokus untuk berjaya dalam pemasaran internet.
  5. Saya turut dapat membantu isteri menambahkan pendapatannya dengan menjual buku secara offlline di sekolah tempat dia mengajar : )

Sebagai seorang ahli Stormreaders, saya mendapat beberapa faedah seperti berikut ;

  • Mendapat kedai online ( http://www.stormreaders.net/zamlan77 ) dimana saya mendapat komisyen hasil dari jualan melalui kedai online ini. Oh ye, kedai ini dikenali sebagai e-store Stormreaders. Selain komisyen, saya turut mendapat beberapa bonus yang lain.
  • Takaful Insurans Kemalangan Diri bernilai RM20,000
  • Khairat Kematian dan elaun hospital RM3,000

Lupa nak beritahu, untuk pendaftaran ahli, anda perlu membuat pendaftaran dan membuat pembayaran sebanyak RM90. Selain jadi ahli biasa, anda juga boleh upgrade ke status Rakan Pengedar dan Pengedar. Setiap status mempunyai beberapa ciri istimewa yang tersendiri. Saya sendiri kini berstatus Rakan Pengedar di bawah group yang ditaja oleh Irfan Khairi ( aiseh, Irfan Khairi lagi.. )

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Stormreaders ni, website berikut mungkin boleh membantu anda.

Itu sahaja mengenai Stormreaders. Kalau anda merasakan diri anda berminat untuk bersama-sama membina masyarakat Berilmu, Beriman, Beramal dan Berharta, jangan segan untuk menghubung saya di;

h/p : 019-3951516

email : zamlan77@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads