Archive for the ‘ Bisnes Lanchini Dot Com ’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Tawaran PPL Konspirasi Adsense RM0.40

Salam buat pembaca,

Sedikit info ringkas buat sesiapa yang nak duit cepat, anda boleh mendaftar untuk sertai program affiliate PPL ( pay per lead ) konspirasi adsense yang kini dibuka untuk semua yang berminat. Sebelum ni komisyen PPL cuma rm0.25, tapi sekarang komisyen telah dinaikkan kepada rm0.40 ! Tapi sayang, tawaran ni cuma hingga 30 Jun sahaja (sebulan dari sekarang) dan selepas itu ianya bakal ditutup buat selama-selamanya.

Jadi jangan tunggu lagi, rebut peluang ini dengan klik gambar di atas untuk ke website konspirasi adsense. Anda boleh masuk ke ruang pendaftaran dengan mengklik ‘join PPL’ yang terletak di bahagian paling bawah  page tersebut.

Itu sahaja info pendek kali ini, selamat membuat duit PPL.

Lanchini.

p/s : Dengan konspirasi adsense, saya telah berjaya mengumpul lebih 1500 list. Saya boleh berkongsi pengalaman ini secara PERCUMA. Dengan syarat, anda perlu mendapatkan ebook Teknik Pemasaran melalui link dibawah terlebih dahulu : ), tawaran terhad utk 5 orang sahaja.

http://www.lanchini.com/teknikpemasaran

Share/Save/Bookmark

Income Adsense Pertama!

Salam hormat,

Alhamdulillah, selepas hampir setahun memulakan Adsense, akhirnya pada 4 Januari 10 yang lepas, saya telah berjaya mendapat hasil yang pertama ;

Pendapatan Adsense Pertama

Pendapatan Adsense Pertama

Selepas peristiwa hitam kerugian beribu-ribu ringgit pada Ogos tahun lalu, saya sebenarnya dah ’separuh’ give up. Bukan give up sepenuhnya ye, hehe.. Apa yang saya maksudkan dengan separuh give up ini ialah saya mula menyedari bahawa Adsense tidak boleh dijadikan sandaran utama untuk pendapatan internet saya. Ini kerana Google berhak untuk membatalkan akaun kita pada bila2 masa walaupun kita telah berusaha sedaya upaya utk patuhi segala peraturannya. Dalam kata lain, anda tidak berhak seratus peratus atas pendapatan Adsense anda.Oh ye, jika anda tidak mengetahui kisah ‘duka’ saya dalam beradsense, silalah download laporan percuma ini -> Konspirasi Adsense.

Pendapatan yang saya terima ini adalah dari pertengahan bulan Oktober hingga November, atau sebulan setengah. Saya hanya membina SATU website sahaja sepanjang tempoh ini. Kenapa satu? Kerana saya ingin buat eksperimen sahaja dahulu dan menunggu hasilnya sebelum ambil tindakan seterusnya. Selepas website ini dilancarkan, saya guna 2 kaedah promosi sahaja. Yang pertama melalui program berbayar (PPC) iaitu dengan menggunakan YSM, dan teknik ke-2 dengan pemasaran artikel. Saya pilih 2 teknik pemasaran ini kerana ianya CEPAT dapat hasil dan yang paling penting, saya hanya perlu buat sekali sahaja dan boleh biarkan sahaja ia menarik trafik secara automatik. Dan saya boleh mengalih fokus ke bidang yang sy usahakan sekarang iaitu pemasaran affiliate : )

Tanpa berselindung, saya sebenarnya telah menggunakan teknik F2R yang diperkenalkan oleh sifu AzamRinggitHit untuk membina website ini. Berbeza dengan cara saya dulu, kali ni saya bina website ni dengan berhati-hati. Terutamanya isi kandungannya. Saya pastikan ianya tidak sekadar tangkap muat aje. Saya ambil masa yang agak lama untuk mencari artikel2 berkualiti yang kemudiannya digabungkan agar ianya menjadi artikel yang betul-betul unik. Artikel ini juga saya gunakan sewaktu mempromosi dengan menghantarnya ke direktori artikel yang popular seperti ezinearticle.com. Hampir 20% trafik dijana melalui teknik article marketing ini. Selain dari itu, saya juga telah mendisiplinkan diri agar tidak menjengok akaun adsense sekerap dulu. Saya hanya check akaun adsense saya sebulan sekali sahaja. Paling kerap pun cuma 2 minggu sekali sahaja, itupun sekadar utk pastikan hasil Adsense melebihi kos pengiklanan PPC . Saya berharap dengan cara ini ia dapat mengurangkan risiko Google mengesan kesalahan saya ( kalau ada la.. ).  Jika terlalu aktif, saya takut ianya akan menarik perhatian Google untuk memeriksa akaun kita. Betul ke tidak, saya pun tak pasti.  Teknik ‘rahsia’ ini masih dalam eksperimen, huhu..

Okla, sebagai penghargaan buat anda yang mengunjungi blog ini, saya ingin membuka peluang utk TEKA BERAPA RM yang saya terima tu? Saya akan beri RM30 (banyak tu! ) buat anda yang dapat memberi jawapan paling tepat. Apa yg anda perlu buat cuma tulis berapa tekaan anda dalam ruangan komen blog ini dan tunggu pengumuman dari saya ye ; ). Tapi ingat, anda hanya berpeluang utk meneka sekali sahaja ye.. ( update 11 jan 09 : peraduan ini telah tamat. Terima kasih buat yang mencuba! )

hint : Nilainya antara RM200 ke RM 800

Itu saja perkongsian kali ni, jumpa lagi.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Income Pertama Affiliate

Salam buat pembaca,

Hari ni hati saya sangat gembira. Nak tau kenapa? Kerana terima email dari Maybank2u ni,

myfirstaffliateincome

Alhamdulillah, selepas 3 bulan berkecimpung dalam bidang affiliate ni, akhirnya berjaya juga mendapat hasil yang pertama. Penyata atas tu adalah bukti pembayaran untuk satu program affiliate yang sertai baru-baru ni. Hasil yang diterima cuma RM200 aje. Nilai ni mungkin sikit aje utk sesetengah orang, tapi cukup bermakna buat saya. Biasala tu kan, biasanya ‘yang pertama’ sentiasa menjadi satu yang istimewa buat kita .. Rasa macam nak print dan framekan bukti pembayaran ni, letak sebelah gambar kahwin, hehe..

Dari sini saya rasa bertambah yakin untuk jana pendapatan melalui pasaran tempatan. Kalau betul strategi, dan usaha berterusan tanpa jemu, InsyaAllah kita boleh buat duit melalui internet. Lihat la mereka2 yang dah berjaya buat pendapatan hingga 6 angka pendapatan melalui internet. Contohnya seperti saudara Jamal dengan ebooknya dan juga Ammar Zahar dengan pemasaran affiliatenya. Saya pun nak berjaya seperti mereka satu hari nanti. Untuk tu, suka atau tak, saya harus ‘belajar’ bagaimana untuk jadi seperti mereka.

Saya sendiri pun pernah buat ebook, iaitu Panduan Cendawan. Tapi hasilnya bagai langit dengan bumi jika dibandingan dengan ebook keluaran saudara Jamal. Bila saya baca beberapa panduan mengenai ebook ( ada yang ditulis sendiri oleh Jamal ), barula saya tau banyak perkara yang saya tak buat dengan betul. Saya akui,  banyak kesilapan terutamanya dalam bab pemasaran yang saya tak buat dengan teknik betul. Bagi saya, 80% kejayaan dalam ebook tu terletak di dalam aspek pemasaran. Ramai orang boleh tulis ebook dengan baik sekali, tapi tak ramai yang mampu menjualnya seperti yang dilakukan oleh saudara Jamal.

Tapi apa2 hal pun, kita harus melangkah dahulu, kalau tak kita tak tahu di mana masalahnya kan? Kalau saya tak buat ebook cendawan tu, mungkin sampai sekarang pun saya tak tahu dimana kesilapan yang boleh berlaku. Bak kata orang, ‘Pengalaman adalah Guru Terbaik’.

Itu aje perkongsian kali ni, doakan kejayaan saya yang lebih besar ye ; )

Sekian

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Penutupan Cabaran PPL Konspirasi Adsense

Salam hormat buat pembaca, Sebulan yang lalu, saya telah melancarkan satu cabaran PPL untuk laporan percuma yang saya keluarkan. Laporan tersebut dinamakan sebagai Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie.
konspirasi adsense

Dan semalam, 21 Nov 09, adalah hari terakhir cabaran tersebut. Alhamdulillah, hasil sokongan rakan-rakan yang menyertai pertandingan ini, lebih daripada seribu list telah berjaya dikumpulkan. Bilangan peserta affiliate PPL pula mencecah sehingga 180 orang! Satu angka yang saya tak pernah bayangkan! Bagi saya, ini adalah satu permulaan yang baik untuk saya baru bertatih dalam bidang pemasaran affiliate ni. Tapi janganla banding dengan otai IM lain ye, diorang senang2 je nak kumpul beribu-riban list dalam masa seminggu dua aje. Itulah beza antara orang yang ada network mantap dengan orang yang baru macam saya. Faktor modal utk hadiah pertandingan pun satu faktor yang tak boleh diketepikan, hehe.. :) Saya ingin mengucapkan tahniah buat 2 peserta PPL yang berjaya memenangi tempat teratas. Mereka ialah ;

  1. ID = Download ( saudara Zamrin )
  2. ID = Review ( saudara Shuth )
Masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM200 dan RM100 selain daripada komisyen 0.25sen untuk setiap leads yang berjaya dibawa. Saya telah pun membuat pembayaran bermula malam tadi termasuk untuk semua peserta lain yang berjaya mendapatkan leads minimum iaitu 4 leads dan ke atas. Tahniah buat anda semua. Buat mereka yang belum sampai tahap minimun leads tu, teruskan usaha promosi anda kerana pembayaran seterusnya akan dibuat lebih kurang sebulan dari sekarang. Pada mulanya saya merancang untuk menutup program PPL terus. Tapi, memandangkan sambutan yang masih hangat, saya ubah niat dan masih membuka program PPL untuk ke satu tarikh yang saya akan maklumkan kelak. Jadi, peluang masih terbuka luas untuk anda membuat duit dengan Konspirasi Adsense ni.

Laporan Percuma Konspirasi Adsense adalah sesuatu yang istimewa untuk saya. Dalam laporan ni, saya berkongsi kisah bagaimana seorang newbie yang ghairah mengejar DUIT INTERNET melalui adsense akhirnya rugi beribu-ribu ringgit. Dan dia telah memperuntukkan banyak masa dan tenaga sepanjang proses tersebut. Dia mungkin seperti anda, bekerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Masa yang tinggal sepatutnya diperuntukkan untuk bersama keluarga telah dikorbankan untuk belajar mengenai adsense dan membuat aktiviti mempromosi blog/website adsensenya.. Namun semuanya berakhir dengan satu email dari Pakcik Google. Hancuss segala-galanya. Dan newbie tersebut ialah saya sendiri, huhu…

Saya taknak bercerita panjang pasal laporan ni kerana anda boleh baca sendiri dengan meng’klik’ aje gambar di atas. Mungkin ada something untuk diri anda, so jangan malu dan segan untuk baca laporan tersebut.

Itu aje perkongsian kali ni, sekali lagi saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih buat semua peserta PPL Konspirasi Adsense.

Sekian,

Lanchini

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads