Salam buat pembaca,
Hari ni hati saya sangat gembira. Nak tau kenapa? Kerana terima email dari Maybank2u ni,

Alhamdulillah, selepas 3 bulan berkecimpung dalam bidang affiliate ni, akhirnya berjaya juga mendapat hasil yang pertama. Penyata atas tu adalah bukti pembayaran untuk satu program affiliate yang sertai baru-baru ni. Hasil yang diterima cuma RM200 aje. Nilai ni mungkin sikit aje utk sesetengah orang, tapi cukup bermakna buat saya. Biasala tu kan, biasanya ‘yang pertama’ sentiasa menjadi satu yang istimewa buat kita .. Rasa macam nak print dan framekan bukti pembayaran ni, letak sebelah gambar kahwin, hehe..
Dari sini saya rasa bertambah yakin untuk jana pendapatan melalui pasaran tempatan. Kalau betul strategi, dan usaha berterusan tanpa jemu, InsyaAllah kita boleh buat duit melalui internet. Lihat la mereka2 yang dah berjaya buat pendapatan hingga 6 angka pendapatan melalui internet. Contohnya seperti saudara Jamal dengan ebooknya dan juga Ammar Zahar dengan pemasaran affiliatenya. Saya pun nak berjaya seperti mereka satu hari nanti. Untuk tu, suka atau tak, saya harus ‘belajar’ bagaimana untuk jadi seperti mereka.
Saya sendiri pun pernah buat ebook, iaitu Panduan Cendawan. Tapi hasilnya bagai langit dengan bumi jika dibandingan dengan ebook keluaran saudara Jamal. Bila saya baca beberapa panduan mengenai ebook ( ada yang ditulis sendiri oleh Jamal ), barula saya tau banyak perkara yang saya tak buat dengan betul. Saya akui, banyak kesilapan terutamanya dalam bab pemasaran yang saya tak buat dengan teknik betul. Bagi saya, 80% kejayaan dalam ebook tu terletak di dalam aspek pemasaran. Ramai orang boleh tulis ebook dengan baik sekali, tapi tak ramai yang mampu menjualnya seperti yang dilakukan oleh saudara Jamal.
Tapi apa2 hal pun, kita harus melangkah dahulu, kalau tak kita tak tahu di mana masalahnya kan? Kalau saya tak buat ebook cendawan tu, mungkin sampai sekarang pun saya tak tahu dimana kesilapan yang boleh berlaku. Bak kata orang, ‘Pengalaman adalah Guru Terbaik’.
Itu aje perkongsian kali ni, doakan kejayaan saya yang lebih besar ye ; )
Sekian
Lanchini






huhu..bestla dapat duit mcm tu. bkn senang nak dapat RM200 tu..tahniah yer..post ni boleh bg semangat jgk kat newbie ni, ape2 pun teruskan usaha anda ye bro Lanchini
InsyaAllah, saya akan teruskan
[Reply]
Tahniah bro..
Ebook bro pun saya da bace.. mmg bk mnde yg mengingatkan saya.. terime kasih
[Reply]
tahniah bro, banyak tu dpt komisen
saya akan ikut jejak langkah bro Lanchini ni
[Reply]
Lanchini Reply:
December 15th, 2009 at 9:35 pm
Thanks bro mijie,
Mijie punya jauh lebih banyak dr saya kan.. Ni income pertama, so rasa excited. Semangat pun berkobar2 ni, hehe
[Reply]
tahniah bro..rezeki x ke mana..yang penting berusaha..@_@
[Reply]
Lanchini Reply:
December 18th, 2009 at 1:53 am
Thanks Naim, apa2 hal pun kena usaha dulu, baru boleh pikir pasal outcome..
[Reply]
tahniah bro! pasni bleh join affiliate
termahaldaripada saya lak.. hehe
[Reply]
Lanchini Reply:
December 18th, 2009 at 1:54 am
Thanks, InsyaAllah sy nak join..
[Reply]
caya lah lan….mou soro2 NHK ni yamechau ne…
[Reply]
Lanchini Reply:
December 29th, 2009 at 9:28 pm
soudesne, nhk wa soro2 sayonara..
[Reply]