Siapa saya
Salam sejahtera,
Nama saya Zamlan Shamsuddin, berasal dari Chini, Pekan Pahang. Nama pena ‘Lanchini’ adalah gabungan nama saya dan juga tempat asal saya.
Bidang Internet Marketing adalah bidang yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Saya antara ribuan orang yang sedang mengkaji dan mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam. Saya yakin bidang ini berpotensi tinggi untuk dijadikan salah satu sumber pendapatan saya. Jika Irfan Khairi boleh lakukan, mengapa saya tidak boleh? Bagi saya tiada alasan untuk kita tidak berjaya selagi kita berusaha dan tawakkan kepadaNya..
Dari segi latarbelakang pula, terus terang saya katakan bahawa IT adalah bidang yang baru buat saya. Saya berkelulusan kejuruteraan mekanikal dan amat membenci subject programming suatu masa dahulu. Bagi saya, IT hanya sesuai untuk mereka yang cerewat. Tapi entah mengapa, selepas asyik membaca blog rakan mengenai bisnes cendawan beliau, timbul perasaan untuk saya juga pelajari cara-cara buat blog. Setelah bersusah payah, akhirnya terbinalah blog cendawan saya iaitu http://chiniagro.blogspot.com
Setelah lebih setahun membina blog tersebut, barulah timbul minat untuk lebih serius dalam bidang IM ni. Langkah pertama ialah dengan mengiklan ebook dan juga kursus cendawan melalui blog tersebut. Setelah pandai sikit, barulah saya membina website jualan khusus untuk ebook panduan cendawan saya. Untuk melihatnya, anda boleh melayari http://www.panduan-cendawan.com
Inilah serba sedikit latar belakang saya dalam bidang bidang keusahawanan internet ni.




