Salam buat semua,
Sejak sebulan dua ni, cuaca di luar memang panas. Di Chini, dah hampir 2 bulan rasanya hujan tak turun menyebabkan projek cendawan saya mula menghadapi masalah..Cendawan perlukan kelembapan tinggi dan suhu rendah. Tanpa dua keadaan ni, cendawan kurang hasilnya dan peratusan yang mati akan tinggi.. Nak tau rupa cendawan kering ni, kenala nengok blog cendawan saya key.
Post kali ni bukan mengenai cendawan. Tapi mengenai produk-produk digital yang terbit bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan Mac ni. Pada pendapat saya, ramai orang menunggu produk Rahsia Affiliate Kerajaan ‘reda’ dahulu sebelum lancarkan produk masing-masing. Kena bagi laluan kat produk otai dulu, hehe.. Inipun salah satu strategi pemasaran jugak, tak boleh dipandang sebelah mata, silap-silap rugi pulak.
Dalam banyak-banyak produk tu, saya berkesempatan untuk review 2 produk yang agak ‘unik’ bagi saya. Terima kasih buat kedua-dua pihak penerbit kerana memberi peluang review ini, saya sangat-sangat menghargainya.
- Rahsia Pemasaran Joint Venture (RPJV) oleh saudara Julius
- Rahsia Personaliti oleh Amirul Hafiz dan Yahzid Yahya
Rahsia Pemasaran Joint Venture
Nak hasilkan jualan bukanla sesuatu yang mudah. Walau produk hebat macamana pun, tanpa teknik pemasaran yang betul, susah untuk hasilkan walau satu jualan. Apatah lagi jika anda seorang yang newbie, tak dikenali, tak mempunyai kredibiliti dan senarai prospek (mailing list). Itu belum masuk lagi bab skil2 pemasaran seperti mencari prospek dan bagaimana menukarnya menjadi pembeli. Maklumla, nak menjual produk online ni bukannya secara bersemuka, jadi bukannya satu perkara mudah untuk menyakinkan bakal pembeli.
Realitinya, dalam keadaan persaingan yang tinggi, bukan senang untuk melakukan pemasaran secara berseorangan. Adalah lebih bijak jika anda mengajak mereka yang lebih berpengalaman terutamanya untuk bersama-sama membantu memasarkan produk anda. Teknik pemasaran sebegini turut dikenali sebagaiĀ pemasaran Joint Venture, JV. Semakin ramai yang menyertai JV anda, semakin lumayan hasilnya nanti. Masalahnya kebanyakan newbie kurang menyedari kepentingan melakukan JV ini. Kalau sedar pun, mereka seperti tak yakin untuk melakukannya kerana sedar kemungkinan yang otai tidak akan melayani permintaan JV mereka.
Dalam RPJV, Julius mendedahkan teknik-teknik yang dapat membantu para newbie membina hubungan dengan orang berpengalaman dan bagaimana cara yang betul mengajak mereka bersama-sama memasarkan produk anda. Banyak perkara yang disentuh oleh Julius seperti kepentingan JV,etika, perancangan, teknik mengenali rakan JV berpotensi dan macam-macam lagi. Semua ilmu ini telah dipraktiskan dan dibuktikan berjaya oleh saudara Julius sendiri. Dengan ilmu ni, InsyaAllah anda tidak perlu risaukan aspek pemasaran lagi kerana otai sedang menunggu untuk membantu anda. Kalaula otai tersebut adalah Dr Irfan Khairi, alangkah bagusnya, : ).
Saya tak perlu huraikan dengan lebih detail lagi. Anda bolehmembaca dan menilainya sendiri dengan klik gambar di atas. Memang tak rugi anda miliki ilmu hebat ini.
Rahsia Personaliti

Ebook ni lagi unik, sebab takde kena mengena langsung dengan teknik membuat duit di internet, tapi satu ebook yang mengajar anda bagaimana mengenali personaliti diri sendiri dan juga orang-orang sekeliling anda. Mengenali diri adalah satu langkah awal dan terpenting sebelum anda dapat meningkatkan diri untuk jadi manusia hebat.
Kita sebenarnya masih tidak mengenali sepenuhnya diri sendiri. Kalau kenal pun, sesetengah orang tak mengaku mempunyai sifat tersebut, lebih-lebih lagi jika ianya sifat buruk. Memang fitrah manusia sukar menerima keburukan diri lebih-lebih lagi jika ianya diberitahu oleh orang lain. Jadi, apa kata anda buat penilaian diri sendiri pula? Mungkin ebook ni dapat membantu anda.
Menurut ebook ini, setiap bentuk anggota fizikal badan dan raut wajah melambangkan personaliti tuan punya tubuh tersebut. Contohnya, dari bentuk dan susunan gigi seseorang, kita tahu adakah dia seorang yang baik hati atau jenis iri hati. Jika anda sedang mecari-cari partner perniagaan anda, info sebegini pasti dapat menjadi clue yang berguna. Begitu juga jika anda sedang mencari pasangan hidup, kenali dia melalui raut wajahnya! Oh ye, saya sudah berumah tangga. Selepas baca ebook ni bersama isteri, kami semakin mengenali sifat masing-masing. Dan InsyaAllah, dengan info ini, kami akan sama-sama berusaha meningkatkan diri demi kebahagian keluarga.
Apa yang terkandung dalam ebook ni mungkin 100% tak tepat dengan diri anda. Tapi sekurang-kurangnya ianya memberi petunjuk agar anda lebih bersedia untuk meneruskan kehidupan ini bersama pasangan, keluarga dan juga rakan-rakan anda. Berikan sedikit masa untuk anda mempelajari ilmu ini. Selamat membaca, anda pasti tersenyum nanti.
***************************************************
Sebagai penghargaan pembaca blog ini, saya akan memulangkan anda RM15 jika anda membeli kedua-dua ebook di atas sekaligus. Tapi hanya melalui link yang ada diblog ni sahaja ye.. Terima kasih atas sokongan anda.
Sekian.
Lanchini