Archive for February, 2010


 Powered by Max Banner Ads 

Stormreaders melanda..

Salam buat pembaca semua,

Post kali ni sebenarnya adalah lanjutan dari post yang lepas. Ianya mengenai Stormreaders. Pernah dengar atau tonton filem Stormriders? Kisah Penjejak Awan dan Penjejak Badai tu? Mm, sebenarnya Stormreaders ni langsung takde kena mengena dengan Stormriders tu, huhu.

stormreaders

Stormreaders Network adalah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang terkenal kerana menerbitkan buku-buku ilmiah, keagamaan serta motivasi. Teknik pemasaran Stormreaders dikenali sebagai MLM Affiliate Program, atau Program Gabungan Pemasaran Berbilang Tingkat. Mudah kata, ianya sebuah program MLM.

Sebelum sertai Stormreaders, saya sebenarnya seorang yang ‘kurang’ meminati program MLM ni. Sebabnya, bagi saya ia program yang tak beberapa adil. Satu ciri yang saya tak berkenan ialah piramid system yang mana orang berada di bahagian upline boleh bergoyang kaki sahaja. Ini kerana komisyen jualan downline masuk ke poket mereka tanpa orang downline tu ‘rela’ pun. Ini salah satu faktor, dan ada lagi faktor2 yang membantutkan hasrat saya terutamanya yang berkaitan dengan hukum Halal/Haram ..

Tapi saya sertai jugak Stormreaders. Mengapa? Ini sebab2 nya..

  1. Menjadikan ilmu sebagai produk utama. Banyak buku-buku ikon terkenal seperti Dato’ Dr Fadilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan ramai lagi dijual oleh Stormreaders. Kesemuanya adalah produk bermutu tinggi dan menjadi pilihan ramai pembaca.
  2. Program ni di rekomen oleh idola saya, Irfan Khairi : )
  3. Saya yakin dengan sistem pemasarannya yang mematuhi syariat agama. Untuk pengetahuan, Ustaz Zaharudin dan Ustaz Zahazan adalah lembaga Penasihat Syariahnya. Mereka berdua telah membuat pemantauan dari peringkat awal penubuhan syarikat ini ( sejak 2 tahun lalu ) dan mempunyai kuasa eksekutif untuk mengubah sistem jika dirasakan tidak mematuhi syariah. Dan yang lebih penting, mereka berdua adalah PAKAR dalam bidang ni.
  4. Setiap yang menjadi ahli akan mendapat kedai online ( Kedai saya , http://www.stormreaders.net/zamlan77 ). Jadi dengan menyertai Stormreaders, saya masih tidak lari dari fokus untuk berjaya dalam pemasaran internet.
  5. Saya turut dapat membantu isteri menambahkan pendapatannya dengan menjual buku secara offlline di sekolah tempat dia mengajar : )

Sebagai seorang ahli Stormreaders, saya mendapat beberapa faedah seperti berikut ;

  • Mendapat kedai online ( http://www.stormreaders.net/zamlan77 ) dimana saya mendapat komisyen hasil dari jualan melalui kedai online ini. Oh ye, kedai ini dikenali sebagai e-store Stormreaders. Selain komisyen, saya turut mendapat beberapa bonus yang lain.
  • Takaful Insurans Kemalangan Diri bernilai RM20,000
  • Khairat Kematian dan elaun hospital RM3,000

Lupa nak beritahu, untuk pendaftaran ahli, anda perlu membuat pendaftaran dan membuat pembayaran sebanyak RM90. Selain jadi ahli biasa, anda juga boleh upgrade ke status Rakan Pengedar dan Pengedar. Setiap status mempunyai beberapa ciri istimewa yang tersendiri. Saya sendiri kini berstatus Rakan Pengedar di bawah group yang ditaja oleh Irfan Khairi ( aiseh, Irfan Khairi lagi.. )

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Stormreaders ni, website berikut mungkin boleh membantu anda.

Itu sahaja mengenai Stormreaders. Kalau anda merasakan diri anda berminat untuk bersama-sama membina masyarakat Berilmu, Beriman, Beramal dan Berharta, jangan segan untuk menghubung saya di;

h/p : 019-3951516

email : zamlan77@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Pelaburan untuk ILMU

Salam buat pembaca,

Saya baru sahaja khatam membaca sebuah buku yang dah lama saya idam-idamkan bertajuk ‘Nota Jutawan Nota Motivasi’ yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi, jutawan internet yang tak asing lagi. Dia juga merupakan idola saya.

Buku Nota Jutawan Nota Motivasi

Anda pernah baca buku ni? Saya pasti anda semakin bersemangat untuk menjadi seorang yang lebih berjaya walau apa jugak bidang yang anda usahakan. Saya turut membeli sebuah lagi buku kembar iaitu ‘Nota Jutawan Nota Perniagaan’, tapi belum sempat untuk membacanya lagi.

Balik kepada tajuk asal post ini, ia sebenarnya berkait rapat dengan salah satu topik yang dibincangkan oleh Irfan Khairi dalam bukunya. Dia bertanya ;

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1000, RM50000 atau RM10000, dimanakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Nak tahu apa jawapannya? Irfan Khairi menjawab, laburkanlah pada DIRI ANDA SENDIRI! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu dalam mencari pendapatan yang lebih.

Terang Irfan Khairi lagi, kalau kita melabur duit tu ke dalam bank sebagai contoh, mungkin kita akan mendapat pulangan 10% atau 12% setahun. Tapi kalau kita bijak membelanjakan wang itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pulangannya mungkin 100%, 200% atau mungkin lebih daripada tu. Gunakan wang itu untuk membeli buku-buku berkaitan dengan perniagaan anda, hadiri kursus, beli buku motivasi dan apa juga yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anda dalam bidang yang anda ceburi.

Bagaimana pula jikalau kita tiada wang? Mmm, nampaknya terpaksa ‘melabur’kan masa dan tenaga untuk mencari bahan-bahan yang mampu menambah ilmu secara PERCUMA di internet. Tapi ingat, buatlah pelaburan untuk ilmu yang BERMANFAAT untuk diri sendiri, bukan ilmu yang memudaratkan ye : ). Jangan kita KEDEKUT dalam melabur untuk ilmu, kerana pulangan yang bakal diterima adalah berkali-kali ganda banyaknya, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih

Lanchini.

p/s : Jika anda juga ingin dapatkan buku ini, silalah layari http://www.stormreaders.net/zamlan77 kerana disini terdapat ratusan buku Islamik dan Motivasi yang boleh anda beli melalui online sahaja. Buku akan di hantar terus ke rumah anda. Anda boleh dapatkan panduanpembelian melalui e-store stormreaders PERCUMA melalui link ini -> http://www.lanchini.com/panduanstormreaders.pdf

Share/Save/Bookmark

Rahsia Affiliate Kerajaan - Pakej Hangat!

Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ni, moga dalam keadaan sihat sejahtera. Post saya kali ni ialah berkaitan dengan produk yang pastinya akan jadi bualan dalam dunia IM tempatan sekarang. Saya pasti anda juga mungkin tahu mengenai perlancaran Pakej Rahsia Affiliate Kerajaan (RAK) oleh Otai Affiliate iaitu saudara Jamal ;

Pakej Affiliate Kerajaan

Pakej Affiliate Kerajaan

Anda tak pernah apa itu affiliate? Ianya adalah satu program jana wang yang popular dan digemari oleh oleh newbie IM. Ini kerana, utk sertainya, anda tidak perlu sebarang modal. Tugas anda hanyalah promosi kan produk orang lain dan terima komisen untuk setiap jualan. Program affiliate juga terdiri daripada beberapa jenis seperti Pay Per Sale, Pay Per Lead dan Pay Per Click. Inilah serba sedikit mengenai affiliate, tapi jika anda ingin tahu lebih lanjut apa itu affiliate, dapatkan sahaja RAK kerana Jamal telah menulis panjang lebar apa itu affiliate.

Oh ye, sedikit biodata Jamal yang mungkin akan buat tersedak !

  • Masih bekerja di sektor awam. Internet Marketing cuma part time aje.
  • Pernah jual ebook lebih dari 1000 unit dan dapat income 6 angka daripadanya. Saya ulang, e.n.a.m angka.
  • Sangat aktif berforum. Namanya meningkat naik tak sampai setahun selepas menyertai IM
  • Pada 2009, telah menjana lebih RM40k daripada program-program affiliate yang disertainya.

Seperti yang anda dapat lihat, pakej ini terdiri daripada 5 ebook utama dan 2 ebook bonus. Saya telah diberi peluang oleh Jamal untuk membuat review terhadap ebook utama tersebut. Ianya terdiri daripada 5 buah ebook seperti berikut ;

  1. Rahsia Asas Affiliate Kerajaan - Ebook ni menerangkan secara detail apa itu program affiliate. Ini termasukla bagaimana kita hendak memilih program affiliate yang mampu memberi pulangan lumayan, di mana hendak mencari affiliate tersebut dan cara untuk mendaftarkan diri anda. Ada satu bab yang menarik perhatian saya, iaitu cara nak sorokkan link. Ramai newbie yang kurang mahir teknik ni lalu abaikan sahaja. Mereka tak tahu bahawa tanpa sorokkan link, peratusan jualan anda semakin rendah. Tapi jangan bimbang, Jamal menerangkannya dengan jelas sekali. Menurut Jamal, asas affiliate yang mantap pasti akan membantu anda mengurangkan kesilapan2 yang tak sepatutnya berlaku.
  2. Teknik Pertama, Pemasaran Forum - Seperti yang anda ketahui, forum di internet ialah ruang maya dimana ramai orang berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat. Biasanya, setiap forum mempunyai temanya tersendiri, seperti bertemakan sukan permotoran, keluarga, buat di internet dan macam-macam lagi. Dalam ebook ni, saudara Jamal dedahkan teknik-teknik penting untuk kita hasilkan jualan melalui forum. Antara yang penting di sini ialah bagaimana untuk menilai dan memilih forum dan apakah step2 yang perlu anda lakukan sebelum mulakan aktiviti promosi anda. Ingat, forum ialah tempat orang ramai berkumpul, pastinya tertib anda sangat penting. Kalau tak, pasti di ‘ignore’ atau lebih teruk, di’ban’ terus..
  3. Teknik ke dua, Pemasaran Email - Teknik pemasaran email adalah sangat popular di kalangan affiliater. Mengapa? Ianya sangat mudah dan paling menguntungkan. Menurut fakta yang diberi Jamal, pada kebiasaanya 70% jualan adalah daripada teknik pemasaran email. Dalam ebook ini, saudara Jamal mendedahkan teknik promosi melalui akaun Gmail dan juga penggunaan autoresponder. Jika anda belum mempunyai senarai email, Jamal mengajar anda langkah demi langkah bagaimana untuk membina landing page utk tujuan mengumpul email.  Antara ilmu yang menarik dikongsi Jamal ialah bagaimana untuk kita memastikan email dibuka dan dibaca oleh penerimanya. Bunyinya macam mudah kan? Tapi sangat penting untuk kejayaan pemasaran email ni.
  4. Teknik ke tiga, Pemasaran Facebook - Ini adalah teknik yang saya sendiri belum pernah mencubanya. Facebook ialah satu laman sosial yang menghubungkan anda dan rakan-rakan yang pernah anda kenali seperti rakan di bangku sekolah dulu. Teknik ini adalah teknik terkini yang patut anda kuasai. Jamal menganggap pemasaran Facebook adalah ke-2 terpenting selepas pemasaran email. Dalam ebook ini, Jamal mengajar kita mengaplikasikan semaksimum mungkin fungsi dan tool yang ada dalam Facebook ni. Apa yang penting dalam teknik ini, anda harus rajin dan pandai untuk bersosial. Jika anda mampu mengumpul kawan seramai mungkin, InsyaAllah anda pasti akan dapat melihat hasilnya nanti. Bagaimana tu? Kena dapatkan la ebook ni ye, hehe..
  5. Teknik ke empat,  Pemasaran Blog - Blog adalah satu cara pemasaran yang efektif jika anda konsisten dalam menghasilkan tulisan-tulisan bermutu dan disukai oleh pengunjung. Pun begitu, jika tak pandai menulis artikel, Jamal turut memberi panduan bagaimana untuk atasi masalah ini. Jika diguna dengan cara berkesan, blog anda berupaya tingkatkan kredibilit anda dan seterusnya memudahkan anda menjual apa jua produk affiliate.

Ke semua empat teknik di atas adalah PERCUMA. Saya juga pasti ramai antara kita pun tahu mengenai teknik-teknik yang saya kupas di atas kan? Tapi, persoalannya, mengapa Jamal mampu hasilkan pendapatan 5 angka sedangkan kita tidak mampu? Soalan ini khas buat diri sendiri, hehe.  Melalui review pakej ebook ni, nampaknya saya dah tahu banyak kesilapan penting yang telah saya lakukan.

Secara keseluruhannya, Jamal telah berjaya menulis pakej ebook ini dengan baik sekali. Setiap langkah diterangkan satu persatu secara detail dan paling best, dilengkapi dengan gambar sekali. Jadi, newbie pun mudah faham. Jamal juga menggunakan ayat-ayat sempoi dimana kita pasti tak akan bosan membaca ebook ini. Inilah salah satu kelebihan Jamal yang saya suka. Dia tahu bagaimana untuk menjaga hati rakan-rakan atau pelanggannya. Dia akan pastikan produknya betul-betul kaw sebelum di released..

Cuma satu sahaja yang saya fikir perlu ditambah dalam ebook ini. Saya rasa lebih mantop jika saudara Jamal menerangkan bagaimanakah harus kita menyusun jadual aktiviti promosi ini. Seperti juga Jamal, ramai antara kita juga bekerja. Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk susun jadual waktu untuk jalankan aktiviti promosi seperti layan forum, menulis di blog dan sebagainya. Atau adakah ini Rahsia yang Jamal tak sanggup bongkarkan? Hehe, sekadar gurauan : )

Oklah, jika anda serius ingin berjaya seperti Jamal dan ingin dapatkan pakej ini, nasihat saya belila melalui link berikut ;

http://www.lanchini.com/affiliate-kerajaan

Ini kerana saya akan memberikan anda rebat tunai RM15 sebagai tanda penghargaan buat anda yang menyokong usaha saya.

REBAT RM15 ( 20 pembeli terawal sahaja)

Untuk menuntutnya, cuma emailkan saya (zamlan77@gmail.com)   bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Saya akan hubungi anda lagi selepas itu.

Itu sahaja, terima kasih

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Reputasi utk IM - Penting sangat ke?

reputasi

Tanpa reputasi, adakah kita boleh pergi jauh dalam bidang internet marketing? Itulah persoalan yang saya ingin bicarakan dalam post kali ini. Sebelum tu, elok saya perjelaskan maksud reputasi tu mengikut kefahaman saya sendiri. Reputasi disini bermaksud pandangan atau penilaian dari seseorang terhadap individu tertentu. Dalam kata mudahnya, orang yang mempunyai reputasi baik biasanya dihormati komennya, pandangannya atau kritikannya.

Dalam perniagaan internet, reputasi merupakan satu senjata jualan yang paling ampuh. Inilah kata-kata salah seorang mentor saya dalam bidang IM ni. Menurutnya, dengan reputasi sahaja, seseorang mampu menjana 5 angka setiap bulan dengan mudah. Mm, mulanya saya kurang percaya, tapi bila mula membuat sedikit kajian melalui forum2 dan blog2, saya mula mempercayai kata-kata tu. Jika kita melihat forum WangCyber sebagai contoh, thread atau post yang ditulis oleh orang yang bereputasi tinggi biasanya akan mendapat sambutan hangat dari ahli forum yang lain.  Walau mereka sekadar memberi ulasan-ulasan yang takla ‘power’ sangat, tapi ianya tetap dapat perhatian ramai. Adala yang akan ulas kembali komen-komen mereka dan pastinya kebanyakan akan menunjukkan sokongan. Begitula hebatnya orang yang berreputasi tinggi. Jadi tidak hairanla, jika mereka melakukan sesuatu promosi, tak kira produk sendiri atau affiliate, berebut-rebut orang mendapatkannya. Jeles betul, hehe.

Persoalan yang sebenar utk seorang yg tak ada reputasi, macam saya ni, ialah bagaimanakah cara untuk membina reputasi tersebut? Seperti yang diterangkan di atas, reputasi ni datangnya dari pandangan atau respek orang lain terhadap kita. Ianya bukan boleh kita cipta untuk diri sendiri. Jadi, bagaimana untuk membuatkan orang ‘memberi’ reputasi tersebut?

Sudah menjadi fitrah manusia untuk menghargai pemberian seseorang terhadap kita. Semakin tinggi nilai pemberian (tak semestinya tinggi nilai RM)  tersebut, biasanya semakin tinggi penghargaan kita buat mereka. Secara sedar tak sedar, kita akan semakin menghormati orang tersebut dan mereka mempunyai satu nilai keistimewaan di hati kita. Ya, pada pendapat saya kita mampu membina reputasi baik sekiranya rajin berusaha menawarkan sesuatu yang akan di hargai oleh orang lain.

Dari pemerhatian dan pembelajaran sy selama ini, berikut adalah ringkasan bagaimanakah caranya kita boleh tingkatkan reputasi seperti otai-otai IM yang lain.

  1. Membuat dan memberi laporan mengenai satu-satu teknik  secara PERCUMA ( mestilah laporan berkualiti )
  2. Aktif dalam berforum ( terutama WangCyber Dot Com ). Bukan setakat itu, harus rajin membantu rakan-rakan  yang memerlukan bantuan
  3. Memberi komen-komen bernas dalam blog orang lain
  4. Membina blog dan memuatkannya dengan tulisan-tulisan yang menarik perhatian ramai.
  5. Mengambil berat permasalahan yg timbul dikalangan pelanggan sedia ada.

Di atas cuma 5 perkara umum yang sememang mungkin dah diketahui oleh ramai orang. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukupla dengah 5 kaedah di atas, InsyaAllah reputasi kita akan meningkat sedikit demi sedikit. Nampak seperti senang, tetapi tak semudah itu : ).

Satu perkara penting mengenai pembinaan reputasi ialah ianya pasti tidak akan berlaku dalam masa sehari dua. Ianya satu proses membina keyakinan orang dalam komuniti kita dan ianya perlukan masa. Tiada jalan pintas untuk menjadi seorang yang bereputasi tinggi. Kita harus sabar, komited dan rajin berusaha memupuk dan membajai keyakinan orang di sekeliling kita.

Itulah serba sedikit mengenai reputasi dari kacamata saya, Lanchini. Pastinya anda juga mempunyai pendapat yang lebih bernas, jadi ayuh kongsikan bersama.

Terima kasih.

Lanchini

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads