Waktu saya menulis post kali ni, genap 2 minggu saya memulakan hidup sebagai usahawan. Sebelum ni, saya telah bekerja makan gaji di sebuah syarikat Jepun selama hampir 9 tahun, satu tempoh yang agak lama. Post kali ni sekadar mengimbau pencapaian selama 2 minggu ni selepas berpindah ke Kuantan, Pahang.
Mungkin ada yang dah tahu yang saya ni juga seorang usahawan cendawan. Ya, bisnes offline saya ialah perusahaan cendawan. Saya dah usahakan projek cendawan lebih 3 tahun. Selama ni saya hanya memantau dari jauh, sebab bekerja di Seremban dan projek pula di Felda Chini Timur, Pahang. Ayahla yang banyak membantu menguruskan projek tu.
Dalam tempoh 2 minggu ni, saya cuba mengambil alih tanggungjawab uruskan projek ni terutamanya bab-bab pemasaran. Saya dah ada beberapa pelanggan di Kuantan. Jadi tugas saya ialah membuat penghantaran cendawan segar kepada mereka. Kadang-kadang terdapat juga kes di mana stok cendawan berlebihan. Jadi, saya terpaksa memasarkannya sendiri di pasar2 tani atau pasar borong. Kalau selama ni kerja di dalam ofis yang berhawa dingin, tapi sekarang terpaksa berdiri di tengah panas menjual cendawan di pasar tani. Bagi saya, pengalaman ni walau agak mencabar, tetapi cukup menyeronokkan dan penuh dengan kepuasan. Saya rasa cukup puas apabila usaha gigih kita berbaloi dan dapat melihat dan memegang hasilnya. Kalau dulu, saya bekerja untuk memuaskan hati bos, tapi sekarang saya bekerja untuk kepuasan diri sendiri : ). Anda boleh membaca kisah cendawan saya ni dengan lebih lanjut di blog cendawan saya ni, blog Chini Agro.
Mengenai bisnes online pula, saya agak sedih kerana ianya tidak berjalan selancar yang diharapkan. Sejak dua menjak banyak peristiwa yg berlaku menyebabkan beberapa projek affiliate saya terganggu. Salah satunya ialah mengenai CPA. Azam tahun ni sy ingatkan ingin menjadikan CPA sebagai tema utama. Tapi, ada sesuatu yang berlaku kepada ’sifu’ saya yang menyebabkan coaching untuk saya terjejas. Saya ada pilihan untuk mempelajarinya sendiri. Tapi, memandangkan sy telah membayar sejumlah wang untuk coaching ini, dicampur pula dengan risiko yang bakal di hadapi, saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat dulu. Lebih elok lewat sikit daripada menanggung kerugian. Saya juga boleh mengambil masa ini untuk study lebih detail mengenai CPA.
Itulah sedikit perkongsian suka dan duka selepas bergelar usahawan sepenuh masa selama 2 mgu ni. Banyak lagi cabaran yang bakal tiba. Doakan supaya saya tabah hadapinya ye..
Terima kasih
Lanchini





