Archive for December, 2009


 Powered by Max Banner Ads 

2009 pergi, 2010 menanti..

Pejam celik dan pejam celik lagi, akhirnya kita sampai di penghujung tahun 2009 (waktu post ni ditulis). Saya rasa macam baru aje menyambut kedatangan 2009, sekarang dah kena ucap selamat tinggal. Saya rasa masa semakin lama semakin cepat ia berlalu, mengapa yek? Mungkin faktor suasana kehidupan yang makin sibuk menyebabkan hal ni berlaku…Sepanjang 2009 ni, memang banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang rasanya manis, tawar, kelat, masam-masam masin dan macam-macam lagi la. Kalau nak disenaraikan semua tu, tak muatla gayanya blog ni, pembaca pun akan menyampah nanti, hehe..

Tapi saya ingin berkongsi 2 detik yang paling bermakna dalam hidup saya sepanjang 2009 ni. 2 Detik ni saya anggap sesuatu yang mungkin tak dapat saya lupakan sampai bila-bila.

Yang pertama ialah kelahiran anak ke-3 saya. Namanya Nafisa Imani dan dilahirkan pada 7 Julai 2009. Walaupun dah no.3, tapi naluri seorang ayah tetap menganggap detik menatapnya kali pertama kat Hospital Kuala Pilah adalah sesuatu yang indah. Betulla kata orang, anak ialah anugerahNya yang terindah buat ibu dan bapa. Kelahiran Nafisa Imani membuatkan kami sekeluarga semakin ceria. Detik bersama keluarga amat penting buat saya terutamanya selepas kelahiran bayi comel secomel ayahnya ini, hahaha..

Nafisa Imani sewaktu berumur 2 hari

Detik bermakna yang seterusnya pula ialah sewaktu menghantar surat berhenti kerja pada 10 Oktober yang lalu. Ya, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat dimana saya telah bekerja di situ selama hampir 9 tahun. Inilah syarikat pertama yang saya bekerja selepas grad pada 2001 yang lalu. Jika diimbau kembali, di sinila saya mula belajar hidup berdikari dan bermasyarakat selepas tamat belajar. Dari zero hingga ke hero, eewahh, macam produk Ammar Zahar la pulak ye : ). Bukan hero la, tapi kini berjaya menjawat jawatan yang agak penting kat syarikat tu. Namun apakan daya, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa melepaskan jawatan ini demi untuk memulakan kehidupan baru di Kuantan bersama keluarga tersayang.

Itulah sedikit coretan dari saya mengenai tahun 2009. Untuk tahun 2010 nanti, saya akan memulakan hidup baru di tempat baru. Saya kini tinggal di Kuantan dan bakal memulakan karier saya sebagai seorang usahawan cendawan sepenuh masa dan sudah tentu sebagai IM sepenuh masa juga. Saya berazam untuk memajukan bisnes online dan offline ni ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang, InsyaAllah.

Itu sahaja buat kali ni, jumpa lagi.

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Ebook Percuma, ‘Asas CPA’

Salam buat semua,

Rentetan dari post yg lepas iaitu mengenai CPA, saya dapat beberapa feedback yang mengatakan mereka langsung tak tahu apa itu program affiliate CPA. Dan ada antara mereka sebenarnya dah lama dalam bidang IM ni, mereka pernah dengar pasal CPA, tapi kurang jelas bagaimana program ini dijalankan.

Berita baik untuk anda, saya telah menggunakan masa cuti Maal Hijrah kali ni untuk menulis sebuah ebook mini bertajuk ‘Asas CPA’.


asascpa
Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

CPA - Fenomena baru pemasaran affiliate.

Salam ,Saya menulis post kali ni bersempena dengan perlancaran ebook Panduan Pemasaran CPA versi terbaru oleh pakar CPA paling glamer di Malaysia, bro Uzair.

Panduan Pemasaran CPA

Panduan Pemasaran CPA


Anda belum pernah dengar pasal CPA ? Mm, CPA ialah ringkasan kepada Cost Per Action, iaitu anda sebagai publisher ( atau CPA affiliate ) akan di bayar sekiranya mampu membuatkan pengunjung website mengisi hingga lengkap maklumat yang di sediakan dalam bentuk form. Biasanya maklumat tersebut hanyalah maklumat peribadi yang biasa sahaja seperti nama, email dan alamat rumah. Dan komisyen yang anda terima pula agak lumayan. Jangan tak percaya jika anda mampu terima USD20 hanya dengan satu maklumat pengunjung sahaja!

Tapi ada satu masalah yang sering menghantui mereka yang ingin mempelajari CPA. Anda perlu membuka akaun dengan CPA network terlebih dahulu. CPA network ialah syarikat yang menjadi orang tengah antara anda seorang Affliate dan juga pihak Pengiklan. Mereka ni bertapak di luar negara dan sudah tentu bahasa Inggeris akan menjadi sangat penting supaya anda boleh berinteraksi dengan mereka. Mereka hanya akan menerima permohonan anda sekira mereka yakin dengan kebolehan anda memasarkan CPA offer yang dikendalikan. Oh ye, jika anda berjaya mendaftar, anda biasanya diletakkan di bawah penjagaan seorang affiliate Manager yang bertindak memantau prestasi anda.

Berita baiknya disini, saudara Uzair bersedia membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau selama bertahun-tahun, saya yakin Uzair tidak akan kecewakan anda. Tapi anda perlu janji satu perkara, patuhi segala arahan yang diberikan dan tidak cepat berputus asa. Menurut Uzair, untuk berjaya dalam permohonan pendaftaran, kita mesti tahu bagaimana untuk ‘menjual’ diri anda. Bagaimana tu, elokla tanya saudara Uzair sendiri, hehe..Apa yang penting, anda mesti buat persediaan tertentu yang akan di ajar oleh Uzair sebelum dapat diterima ke dalam CPA network.

Menurut Uzair, setiap pembeli ebook ini akan diberi akses percuma ke satu ruangan forum ekslusif. Di situ, Uzair akan memantau dan membantu menyelesaikan setiap masalah yang mungkin di hadapi oleh pembeli ebook ni. Saya rasa ini langkah yang sangat bijak memandangkan di Malaysia ni kurang informasi berkaitan dengan CPA. Dengan adanya forum khas ni, setiap pembeli boleh mengajukan sebarang persoalan, cadangan dan juga komen terhadap permasalahan orang lain. Saya juga yakin Uzair akan bekerja keras memastikan setiap masalah diajukan akan diberi perhatian sepenuhnya.

Untuk pengetahuan, saya juga kini sedang mempelajari asas CPA memandangkan ianya satu cabang kepada pemasaran affiliate. Saya mensasarkan untuk memperolehi pendapatan pertama sebelum bulan March tahun depan. Setakat ni dah lepas cabaran pertama iaitu untuk membuka akaun CPA network. Itu pun dengan bantuan oleh saudara Uzair..

Dalam keghairahan kita mempromosi offer2 CPA ni, etika pemasaran WAJIB kita jaga. Saya ada terbaca kisah dimana sebuah CPA network yang terkenal telah mengetatkan pendaftaran utk warga negara Malaysia kerana aktiviti BLACKHAT yang melampau. Saya tak ingat apa nama CPA network tu, tapi jika aktiviti blackhat ini dibiarkan terus berlaku, maka makin sempitla ‘pintu rezeki’ untuk buat duit dengan CPA.  Nasihat saya, ikut aje langkah2 yang telah diterangkan oleh Uzair dalam ebook ni, pasti anda tak rugi kerana teknik tersebut telahpun diuji sepenuhnya oleh Uzair sendiri.

Itu aje perkongsian kali ni, jumpa lagi di duniacpa

Sekian,

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Income Pertama Affiliate

Salam buat pembaca,

Hari ni hati saya sangat gembira. Nak tau kenapa? Kerana terima email dari Maybank2u ni,

myfirstaffliateincome

Alhamdulillah, selepas 3 bulan berkecimpung dalam bidang affiliate ni, akhirnya berjaya juga mendapat hasil yang pertama. Penyata atas tu adalah bukti pembayaran untuk satu program affiliate yang sertai baru-baru ni. Hasil yang diterima cuma RM200 aje. Nilai ni mungkin sikit aje utk sesetengah orang, tapi cukup bermakna buat saya. Biasala tu kan, biasanya ‘yang pertama’ sentiasa menjadi satu yang istimewa buat kita .. Rasa macam nak print dan framekan bukti pembayaran ni, letak sebelah gambar kahwin, hehe..

Dari sini saya rasa bertambah yakin untuk jana pendapatan melalui pasaran tempatan. Kalau betul strategi, dan usaha berterusan tanpa jemu, InsyaAllah kita boleh buat duit melalui internet. Lihat la mereka2 yang dah berjaya buat pendapatan hingga 6 angka pendapatan melalui internet. Contohnya seperti saudara Jamal dengan ebooknya dan juga Ammar Zahar dengan pemasaran affiliatenya. Saya pun nak berjaya seperti mereka satu hari nanti. Untuk tu, suka atau tak, saya harus ‘belajar’ bagaimana untuk jadi seperti mereka.

Saya sendiri pun pernah buat ebook, iaitu Panduan Cendawan. Tapi hasilnya bagai langit dengan bumi jika dibandingan dengan ebook keluaran saudara Jamal. Bila saya baca beberapa panduan mengenai ebook ( ada yang ditulis sendiri oleh Jamal ), barula saya tau banyak perkara yang saya tak buat dengan betul. Saya akui,  banyak kesilapan terutamanya dalam bab pemasaran yang saya tak buat dengan teknik betul. Bagi saya, 80% kejayaan dalam ebook tu terletak di dalam aspek pemasaran. Ramai orang boleh tulis ebook dengan baik sekali, tapi tak ramai yang mampu menjualnya seperti yang dilakukan oleh saudara Jamal.

Tapi apa2 hal pun, kita harus melangkah dahulu, kalau tak kita tak tahu di mana masalahnya kan? Kalau saya tak buat ebook cendawan tu, mungkin sampai sekarang pun saya tak tahu dimana kesilapan yang boleh berlaku. Bak kata orang, ‘Pengalaman adalah Guru Terbaik’.

Itu aje perkongsian kali ni, doakan kejayaan saya yang lebih besar ye ; )

Sekian

Lanchini

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads