Archive for November, 2009


 Powered by Max Banner Ads 

Penutupan Cabaran PPL Konspirasi Adsense

Salam hormat buat pembaca, Sebulan yang lalu, saya telah melancarkan satu cabaran PPL untuk laporan percuma yang saya keluarkan. Laporan tersebut dinamakan sebagai Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie.
konspirasi adsense

Dan semalam, 21 Nov 09, adalah hari terakhir cabaran tersebut. Alhamdulillah, hasil sokongan rakan-rakan yang menyertai pertandingan ini, lebih daripada seribu list telah berjaya dikumpulkan. Bilangan peserta affiliate PPL pula mencecah sehingga 180 orang! Satu angka yang saya tak pernah bayangkan! Bagi saya, ini adalah satu permulaan yang baik untuk saya baru bertatih dalam bidang pemasaran affiliate ni. Tapi janganla banding dengan otai IM lain ye, diorang senang2 je nak kumpul beribu-riban list dalam masa seminggu dua aje. Itulah beza antara orang yang ada network mantap dengan orang yang baru macam saya. Faktor modal utk hadiah pertandingan pun satu faktor yang tak boleh diketepikan, hehe.. :) Saya ingin mengucapkan tahniah buat 2 peserta PPL yang berjaya memenangi tempat teratas. Mereka ialah ;

  1. ID = Download ( saudara Zamrin )
  2. ID = Review ( saudara Shuth )
Masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM200 dan RM100 selain daripada komisyen 0.25sen untuk setiap leads yang berjaya dibawa. Saya telah pun membuat pembayaran bermula malam tadi termasuk untuk semua peserta lain yang berjaya mendapatkan leads minimum iaitu 4 leads dan ke atas. Tahniah buat anda semua. Buat mereka yang belum sampai tahap minimun leads tu, teruskan usaha promosi anda kerana pembayaran seterusnya akan dibuat lebih kurang sebulan dari sekarang. Pada mulanya saya merancang untuk menutup program PPL terus. Tapi, memandangkan sambutan yang masih hangat, saya ubah niat dan masih membuka program PPL untuk ke satu tarikh yang saya akan maklumkan kelak. Jadi, peluang masih terbuka luas untuk anda membuat duit dengan Konspirasi Adsense ni.

Laporan Percuma Konspirasi Adsense adalah sesuatu yang istimewa untuk saya. Dalam laporan ni, saya berkongsi kisah bagaimana seorang newbie yang ghairah mengejar DUIT INTERNET melalui adsense akhirnya rugi beribu-ribu ringgit. Dan dia telah memperuntukkan banyak masa dan tenaga sepanjang proses tersebut. Dia mungkin seperti anda, bekerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Masa yang tinggal sepatutnya diperuntukkan untuk bersama keluarga telah dikorbankan untuk belajar mengenai adsense dan membuat aktiviti mempromosi blog/website adsensenya.. Namun semuanya berakhir dengan satu email dari Pakcik Google. Hancuss segala-galanya. Dan newbie tersebut ialah saya sendiri, huhu…

Saya taknak bercerita panjang pasal laporan ni kerana anda boleh baca sendiri dengan meng’klik’ aje gambar di atas. Mungkin ada something untuk diri anda, so jangan malu dan segan untuk baca laporan tersebut.

Itu aje perkongsian kali ni, sekali lagi saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih buat semua peserta PPL Konspirasi Adsense.

Sekian,

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Betapa berat langkah pertama..

Aritu waktu sy tengah mengemas-ngemas rak buku yang dah berhabuk tu, tetiba terjumpa sebuah buku panduan bisnes internet yang dibeli 3 tahun yang lalu. Tajuknya ‘ Klik Utk Kaya ‘, tulisan saudara Rosli Jamal. Pernah nengok tak buku ni di book store?


Klik untuk Kaya

Bila nengok buku ni, memori saya kembali kepada keadaan saya 3 tahun yang lalu. Waktu tu, kisah kejayaan jutawan internet, saudara Irfan Khairi (kini doktor) sedang hangat diperkatakan. Wajah Irfan Khairi muncul di majalah-majalah, menjadi tetamu jemputan untuk program television, keluar di radio, time tu memang glamer la Irfan Khairi ni.. Saya sendiri pun rasa teruja untuk menjadi seperti Irfan Khairi yang menjadi kaya walaupun hanya bekerja di rumah.

Di pendekkan cerita, saya pun belila buku ni. Hajat di hati memang nak join seminar Irfan Khairi, tapi bila mengenangkan kosnya yang tinggi, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya pun mula mencari buku yang boleh membimbing saya untuk berjaya dalam bisnes internet.Buku ni jadi pilihan kerana isi kandungannya kelihatan lengkap dan sesuai dengan level saya. Hari-hari duduk baca hingga habis. Pastu saya ulang lagi baca hingga betul-betul faham. Saya yakin saya pun boleh buat step2 yang di ajar dalam buku ni.

Dalam buku ini, Rosli Jamal dengan jelas menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk memulakan bisnes internet. Bermula dengan pemilihan produk, membuat kajian, membina web jualan hinggalah pemasaran, semuanya diterangkan dengan terperinci. Rosli Jamal turut mendedahkan betapa penting untuk membina mailing list, menggunakan sistem autoresponder berbayar dan juga kepentingan utk membina kredibiliti melalui blog, forum dan juga ezine.

Tapi sayang, kesibukan menyambut anak ke-2 menyebabkan saya mulai lupa pasal matlamat asal untuk mengorak langkah dalam internet biz. Sikap suka bertangguh dah sebati dalam diri ini pun satu masalah. Bila dah asyik dengan perkara lain, lama-lama kelamaan semangat untuk memulakan internet biz langsung hilang. Matlamat tinggal matlamat tanpa sempat utk mulakan langkah pertama pun…

Andaikata saya mulakan langkah atau ambil tindakan seperti yang disarankan, agaknya dimana posisi saya sekarang?  Dalam  bisnes internet, ada orang yang mampu cipta nama dalam masa tak sampai setahun pun! Adakah saya akan jadi sehebat Irfan Khairi? Atau seperti Shuth, Zamri Nanyan, Ammar Zahar, Smartzul dan ramai lagi nama besar IM sekarang ni? Huhu, seronok sungguh bila berangan-angan..

Dari pengalaman ni, saya belajar satu perkara, JANGAN BERTANGGUH UNTUK MULAKAN LANGKAH PERTAMA. Biasanya langkah pertama adalah langkah yang paling susah untuk dilakukan. Mengapa ye?  Mungkin kerana langkah pertama bererti bermulanya satu perubahan. Memang sifat semulajadi manusia, sukar utk terima dan buat perubahan. Jika kita nak  memanjat gunung Everest sekalipun, semuanya akan bermula dengan satu langkah pendakian pertama. Tanpanya kita tidak akan kemana-mana pun. Begitula dalam bisnes internet, jika anda sudah membeli ebook mengenai Adsense contohnya, buat sedikit perancangan dan terus AMBIL TINDAKAN. Jika tidak, ilmu Adsense tersebut hanya akan terperap dalam ebook tersebut. Ilmu sehebat manapun, jika tidak dipraktiskan atau di amalkan, adalah sesuatu yang sia-sia sahaja.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga ia bermanfaat untuk anda.

Sekian,

Lanchini

Share/Save/Bookmark

Nak jadi HERO macam Ammar Zahar?

Salam buat pembaca budiman,

Bila sebut nama Muhammad Ammar bin Zaharudin, saya pasti ramai tertanya siapa mamat ni? Tapi bila sebut aje Ammar Zahar, sebahagian besar antara kita akan cepat membayangkan wajah anak muda ni.

ammarzahar

Bagi orang yang dah lama menceburi bidang IM ni , mereka dah kenal sangat dengan Ammar Zahar, seorang IM yang mencipta nama dalam tempoh yang paling singkat. Masakan tak kenal, ‘mamat’ ni dah boleh jana pendapatan hingga RM30,000 sebulan walau cuma setahun jagung dalam bidang IM ni! Memang betul, Ammar Zahar baru aje SETAHUN lebih menyertai internet marketing ini..

Ini adalah sedikit fakta ringkas mengenai Ammar Zahar ;

  • Berasal dari Johor tapi kini menetap di Negeri Sembilan
  • Umur 22 tahun
  • Masih lagi belajar di UPM dan menjalankan perniagaan internet hanya secara separuh masa.
  • Pengkhususan dalam bidang Seni Grafik ( bukan perniagaan internet key.. )
  • Antara produk yang menjulang nama beliau ialah ebook Rahsia Newbie dan Duit Mania

Otai IM seperti saudara SmartZul sendiri pun pernah membuat satu post khas mengenai Ammar Zahar dalam blog beliau yang terkenal iaitu blog SmartUsaha. Anda boleh membacanya melalui LINK ini. Smartzul turut mengagumi kejayaan yang dicapai oleh Ammar Zahar dalam masa tak sampai setahun pun. Begitula antara kehebatan anak muda bernama Ammar Zahar ni.Saya sendiri turut menjadikan kisah kejayaan beliau sebagai motivasi untuk lebih berjaya dalam bidang IM ni..

Baru-baru ni Ammar Zahar telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau melalui produk terbarunya yang dikenali sebagai Zero Ke Hero. Ianya merupakan satu pakej  8 video dan 8 ebook yang membimbing newbie langkah demi langkah untuk memulakan bisnes internet walaupun berbekalkan zero pengetahuan dan zero modal ( Tapi bukan zero usaha key ).

Zero ke Hero
Zero ke Hero

Ammar Zahar sememangnya sama saja dengan kebanyakan newbie  pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau kini melebihi dekan fakulti sendiri..hehe. Ya, Ammar Zahar dah jadi HERO dalam dunia pemasaran internet di Malaysia.

Manarik kan?

Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, Ammar Zahar  kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang. Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.

Tonton video Zero Ke Hero

Klik link di atas dan tonton video yang disediakan oleh Ammar Zahar sendiri. Saya sangat pasti anda pun berpotensi jadi HERO seperti Ammar jika anda mendapatkan produk ini. Pakej ni membolehkan anda Tonton, Dengar dan Baca strategi ampuh Ammar untuk menjadi usahawan internet dalam tempoh yang mungkin anda sendiri tidak bayangkan. InsyaAllah, kejayaan akan menanti sesiapa juga yang berusaha untuk mendapatkannya.

Itu sahaja perkongsian kali ini, moga berjumpa lagi.

Lanchini.

Share/Save/Bookmark

Sudah-sudahla tu..

Salam buat semua,

Selepas seminggu, barulah dapat update blog ni. Dalam tempoh ni, saya cuma spend masa untuk belajar pasal blog wordpress ni lebih mendalam lagi.. Tapi sampai sekarang pun masih banyak yang blur. Inilah susahnya jika jadi orang yang bukan background IT.. Tapi tak mengapa, yang penting tak boleh cepat give up, kena terus belajar…

Harini saya buka Google Reader untuk membaca post-post terbaru blog yang saya ikuti.. Dan salah satu blog tersebut ialah milik saudara Zulfadli, a.k.a SmartZul. Saya kenali blog beliau sebagai blog SmartUsaha. Terdapat post terbaru beliau yang sangat menarik minat saya untuk membacanya berulang-ulang kali. Tajuknya, ‘ Sudah-sudahlah..’ Anda boleh membacanya melalui link di bawah ;

http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/

Dari perspektif seorang newbie, saya rasa artikel ni adalah satu peringatan agar kita tidak mengutamakan keuntungan semata-mata dalam mempromosikan satu2 produk atau servis. Tak kirala ianya produk sendiri maupun dari rancangan affiliate. Kualiti produk tersebut bukan hanya dinilai daripada isi kandungannya, tapi kualiti servis yang diberikan oleh penulis ebook itu terhadap pembeli.

Apa yang diperkatakan oleh en Zul mengenai kegagalan sesetengah IM utk berikan servis selepas jualan tu memang benar. Dan saya sendiri pernah jadi pelanggan yang kecewa selepas gagal dapatkan tunjuk ajar dari penulis ebook tersebut. Ada yang IM yang cuba melepaskan dirinya dengan setup satu forum dan dia sendiri tidak mengunjungi forum tersebut. Kalau ada pun, cuma sekadar membuat thread baru utk promote pula produk terbaru mereka. Pelanggan dibiarkan terkapai-kapai dan mengharapkan bantuan ahli forum lain untuk meringankan beban mereka.

Semoga ramai IM yang ‘tersedar’ selepas membaca artikel ini.  Dan yang lebih penting, semoga mereka berubah untuk tidak mengejar keuntungan wang ringgit semata-mata, tetapi turut lebih bertanggungjawab terhadap pelanggan mereka.

Sekian.

p/s : Saudara SmartZul merupakan salah seorang usahawan internet yang menjadi idola saya kerana sering memberi nasihat2 yang berguna ke arah menjadi IM yang berjaya.

Share/Save/Bookmark

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melawat blog Lanchini Dot Com ini. Ini merupakan blog pertama saya menggunakan platform Wordpress. Selama ni saya pernah juga mempunyai blog untuk projek bisnes cendawan dan juga projek adsense. Kesemuanya menggunakan platform blogspot. Jika berkesempatan, anda boleh melawat blog cendawan saya di http://www.chiniagro.blogspot.com

Sebagai post pertama, elok saya terangkan tajuk yang bakal saya bincangkan melalui blog ni. Seperti yang anda nampak di tagline atas tu, InsyaAllah saya akan cuba memberi informasi berkaitan panduan Internet Marketing khusus untuk newbie yang baru ingin berkenalan dengan bidang ini. Saya rasa tajuk ini lebih sesuai dengan ‘posisi’ saya yang juga seorang newbie. Saya tak pasti definisi untuk newbie sebenarnya. Tapi saya sentiasa menganggap diri ini newbie supaya semangat untuk terus belajar tu tak berkurangan sampai bila-bila..

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh para newbie ialah tidak tahu bagaimana untuk mulakan langkah pertama. Terlalu banyak program menjana duit secara online ni. Akibat kekurangan ilmu, ramai yang terjebak dengan program2 yang tidak sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka tidak mengkaji dengan mendalam sebelum membeli ebook atau mendaftarkan diri dengan program tersebut. Akibatnya, ramai yang kecewa di separuh jalan.

Apa yang saya ingin tekankan disini ialah pentingnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum anda yakin untuk step seterusnya. Jangan bazirkan duit anda dengan sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada anda. Jika anda bermula dengan zero knowledge, tetapi berminat untuk menceburi bidang IM, apa kata anda habiskan masa beberapa minggu untuk mengkaji setiap program ( contohnya adsense, affiliate, ebay, blogging, jual produk, dsb ) ini dengan sedalam mungkin. Kaji minat anda, kemampuan kewangan anda, masa yang boleh diperuntukkan, kesusaian lokasi anda dan macam-macam lagi.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh dijadikan rujukan. Tempat paling mudah, tentunya bertanya kepada Pakcik G ( G : Google ). Anda juga boleh layari blog-blog, forum berkaitan dan juga pelbagai laporan percuma yang banyak disediakan oleh otai-otai IM samada dari Malaysia atau luar negara. Salah satu sumber informasi yang saya rekomen ialah forum WangCyber. Di situ ramai penggiat IM yang berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu berkaitan dunia IM. Forum WC ini diasaskan oleh saudara Shuhaimi, atau lebih dikenali sebagai Shuth. Tapi AWAS, anda mesti ingat tujuan anda, CARI ILMU SEBANYAK MUNGKIN. Jangan terleka membaca komen sehingga akhirnya anda lupa matlamat asal anda.

Inilah serba sedikit info yang dapat saya kongsi untuk post pertama. InsyaAllah, lebih banyak informasi menyusul nanti. Jadi, jangan lupa untuk bookmark blog ini ye!

Salam

Lanchini.

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads