Salam hormat,
Waktu saya menulis post kali ni, pasukan piala dunia favourite saya iaitu Jepun baru je tersingkir di pusingan kedua. Ia kalah dengan penentuan penalti menentang pasukan dari benua Amerika Selatan, Paraguay. Walau kalah, saya tabik kat pemain Jepun yang sentiasa bersemangat mengekang dan menyerang pasukan yang lebih tinggi rankingnya tu. Pencapaian ke pusingan ke-2 adalah pencapaian terbaik pasukan Jepun.
Itu cerita mengenai piala dunia. Bagaimana pula dengan cerita saya? Kalau tak silap, dah lebih sebulan saya tidak aktif dalam dunia pemasaran internet. Blog ni pun tak diupdate dan saya jarang sekali online di forum WangCyber.com hingga ada member seangkatan yang bertanya kemana saya pergi. Adakah saya sudah meninggalkan perniagaan internet?
Tidak, saya tidak tinggalkan perniagaan internet walau kurang aktif sekarang. Ada 2 sebab utama mengapa saya jarang online sekarang iaitu ;
- Saya kini bekerja makan gaji semula selepas 6 bulan bekerja sendiri
- Faktor Piala Dunia : )
Mengenai faktor no.1 tu, sejak masuk bulan june, saya telah mendapat kerja disebuah syarikat maitenance di Kuantan. Kini masa saya terikat kembali dengan waktu kerja 8 pg hingga 5 petang. Kebetulan pula, pada bulan Jun ni syarikat tempat saya bekerja ni amat sibuk sekali menyebabkan saya acapkali pulang dari ofis lebih dari pukul 9 malam. Bila dah lewat, tentula badan letih dan otak pun tak mampu berfikir untuk membuat kerja-kerja pemasaran internet.Di pejabat pula, saya tak boleh lagi meng’ular’ seperti dulu kerana perlu belajar perkara baru dengan cepat. Kalau tak susah nak buat kerja berkumpulan nanti.
Bila dah balik dan bersihkan badan, kebetulan pula tiba waktu untuk menonton siaran langsung piala, jadi terus layan piala dunia sambil merehatkan minda, huhu. Maka, jadilah faktor ke-2 tu.
Pun begitu, income saya takla se’pasif’ aktiviti saya. Itulah kelebihannya dengan pemasaran internet kerana kebanyakan perkara dilakukan secara automatik. Saya masih menjana sedikit pendapatan melalui Adsense serta jualan ebook-ebook yang saya pasarkan. Antara ebook yang paling banyak memberi sumbangan ialah Panduan Cendawan. Ebook ni saya telah buka jualan sejak April tahun lepas lagi dan Alhamdulillah, ia masih memberi sumbangan setiap bulan walau hanya mempromosinya di blog cendawan saya.
Bagaimana pula selepas ini? Sudah tentu saya tidak akan sesekali meninggalkan dunia perniagaan internet yang penuh dengan cabaran ini. Setiap cabaran akan mendewasakan kita. Jadi, jangan segan untuk hadapi cabaran. Tempuhi setiap cabaran dengan berani dan sentiasa mencari solusi untuk atasi setiap cabaran tu, InsyaAllah usaha kita tidak akan sia-sia.
Sekian,
Lanchini.











